Saturday, April 11, 2009

MINISTER KNOWS BEST.

SALAM HORMAT,

Tahniah diucapkan kepada 28 menteri dan 40 timbalan menteri yang telahpun dilantik dan mengangkat sumpah taat setia jawatan masing-masing . Blog NLB ingin menyeru kepada semua menteri dan timbalan menteri agar mengunakan AKAL dan MEMPERTIMBANGKAN dengan bijaksana segala rancangan dan keputusan yang bakal mereka putuskan kelak .

Saya ungkapkan pesanan dari Ulama` terkemuka ,Sayyid Mujtaba Musawi :

" Ada banyak rahsia yang menghairankan di sekeliling manusia yang diperlengkapi dengan dua kekuatan besar , iaitu AKAL DAN KEHENDAK . Akal adalah cahaya yang menetapkan takdir jiwa manusia dalam kehidupan ini . Akal mempertimbangkan gambaran keperibadian manusia yang sesungguhnya dan merupakan sebuah cahaya berkilau yang menyinari lembaran kehidupan . Oleh sebab itu , tanpa bimbingan dan pengawasan AKAL , kita tidak dapat maju pada jalan kehidupan yang selamanya kompleks (bermasalah)".
Kata - kata beliau memang agak susah untuk di fahami , akan tetapi saya yakin para -para menteri dan timbalan menteri yang kesemuanya mempunyai ijazah berjela - jela tidak sukar untuk menghadamkan kata - kata mutiara tersebut . Mereka semua harus mendengar dengan mata hati , apakah yang menjadi rintihan golongan rakyat biasa , yang menghadapi segala macam bentuk kesusahan dan kepayahan . Terlalu banyak jika ingin saya senaraikan disini dan ramai juga kawan - kawan dan sahabat menghantar email dan sms supaya dapat saya menulis mengenai isu-isu semasa dan luahan hati mereka.InsyaAllah (jika ada masa yang terluang) akan saya cuba memenuhi permintaan kalian dan menyampaikan serba sedikit mengikut kemampuan saya dengan harapan ada yang sudi membaca dan menyampaikan .
Izinkan saya menyentuh sedikit pada Kementerian Pelajaran yang berketua baru iaitu idola saya sendiri , Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibantu oleh dua Timbalan iaitu Dr Mohd Puad Zarkashi dan Dato` Dr Wee Ka Siong .
Alhamdulillah dengan perlantikan individu tersebut saya merasakan yang PPSMI akan di berikan nafas baru bersesuaian dengan kebolehan anak - anak kita dan bukan mengikut kebolehan dan cita - rasa Menteri Pelajaran itu sendiri. Saya menyeru agar Tan Sri , Dato` dan Dr sendiri mendengar dan bukan menyerahkan bulat - bulat kepada pembantu anda. Ingatlah , era goverment knows best sudah berlalu dan saya ingin menambah zaman MINISTER KNOWS BEST juga sudah berlalu.
AKAL
kuasanya mengatur hidup manusia,
ghaib tetapi ada ,
jika tiada ertinya gila,
lebih mulia dari yang mengila-gila,
rosak bukan hanya dia,
agama,bangsa dan negara.
bermula akal kepada Adam,
diperingatkan malaikat perosak alam,
tetap juga Allah ciptakan,
sebelum dan berakhir sudah ditentukan,
berbagai Maha menyusul keberkatan.
dengan Allah iblis berjanji,
akal manusia sasaran diuji,
memperkuatkan hawa nafsu berfungsi,
meraih dosa membebankan rohani,
syarat ke neraka sebagai penghuni.
pengembaraan akal mencari berkat,
ilmu dikutip perjalanan hayat,
hati dan akal sentiasa bermuafakat,
nafsu dipandu fikiran sihat,
perkukuhkan iman dengan ibadah,
kemaraan iblis dapat disekat.
pertanyaan Allah kepada manusia,
sebelum umat nabi Lut diturunkan bala,
umat nabi Muhammad mesti terasa,
mengenal bencana yang ada,
maruah ummah sudah tercela,
fungsi keIslaman dijadikan sengketa.
(Mokjaka)
Wassalam.

No comments: