Friday, November 7, 2008

Wang,Politik,Wang Politik Atau Politik Wang?

Salam hormat,
Wang,politik,wang politik atau politik wang?
Mengapa wang dan politik semakin bergema acap kali setiap perhimpunan agung UMNO berlangsung.?Berapa ramai pemimpin yg disabitkan bersalah kerana POlitik Wang?Tidakkah UMNO bermuhasabah diri selepas tersungkur dimedan PRU12?Perlukah UMNO diberikan pukulan KO baru mahu berubah??Andai begitu caranya pasti sudah terlambat.Saya menyeru kepada seluruh warga UMNO agar bangun dari lena kalian...memang ramai orang melayu sukar dikejutkan bangun dari tidur(pastinya mereka bukannya orang yang membantah atau marah pada azan subuh yang berkumandang setiap hari).

Seperti irama dan lagu bukan?Wang Dan Politik ibarat tidak lagi dapat dipisahkan dalam politik UMNO.Mengapa begitu sekali persepsi orang ramai terhadap UMNO apabila menyebut tentang Wang dan politik,ianya seperti magnet yang fitrahnya untuk menarik segala jenis besi kepadanya.

Sudah bermacam-macam omongan yang kita dengar dari mulut pemimpin yang menawarkan diri bertanding jawatan jawatan dalam UMNO.Pernahkah kita akui bahawa UMNO sudah sampai kepada tahap memerlukan `corective action'.Sesuatu 'corective action'atau pembetulan yang ingin dilakukan memerlukan kita kembali semula kepada 'basic'.Apakah 'basic'atau asas kita dalam UMNO.???

Tun Musa mengatakan UMNO terkena penyakit tua.Dari pemahaman saya penyakit tua itu ertinya kita menjadi lemah,kerana fitrah manusia apabila tua berbagai penyakit akan datang,tulang semakin reput,gigi akan gugur satu persatu dan akhirnya akan dijemput Allah SWT.

Pada pendapat saya 'basic' kita dalam UMNO haruslah satu sahaja iaitu "IMAN".Kembalikan diri kita kepada asas tersebut InsyaAllah kita akan dapat mengharungi masa getir UMNO ini.Penyakit tua memang tiada ubatnya TETAPI pada usia tua inilah UMNO harus memimpin dan memberi pedoman hidup yang berlandaskan jalan ALLAH SWT kepada generasi pelapis dalam UMNO sekarang.

Malaysia adalah negara yang kaya dan dikurniakan Allah dengan tanah yang subur juga sumber asli yang melimpah ruah.Sebilangan besar penduduknya amat beruntung dan mengecapi hidup yang mewah.Tetapi mengapa masih ada rakyat yang uzur dan melarat dalam negara ini???Perkara begini tidak sepatutnya berlaku jika pemimpin kita jujur dan mempunyai 'BASIC' yang saya sebut diatas.

Wassalam.

No comments: