Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009.

Salam Hormat.

Tahun Baru datang dan pergi,semoga kita semua beroleh apa yang dihajati di tahun 2008.Andai gagal,masih ada harapan untuk mengejar impian masing-masing.

Bagi saya pula untuk tahun 2009,ingin saya tempuhi seperti tahun-tahun yang lalu tanpa ada sebarang malapetaka dan peperangan dibumi tercinta ini.Hampir kebanyakan musibah di Malaysia adalah berpunca dari kesalahan manusia sendiri.

Ada seperkara yang masih perlu saya bawa ketahun 2009 nanti iaitu mengenai isu Bahasa Malaysia samada berkenaan PPMSI atau Permintaan oleh Persatuan Penganut Kristian Malaysia untuk menterjemahkan Bible mereka kedalam Bahasa Melayu.

Pendirian saya tentang dua isu diatas adalah berlawanan.Saya menyokong PPMS dalam Bahasa Melayu dan menentang Bible didalam Bahasa Melayu.Bagi saya keputusan mahkamah yang membenarkan perkataan Allah digunakan sebagai gantinama Tuhan oleh orang Kristian sudah cukup untuk menguris hati.Sekarang mereka sedang mengatur langkah untuk lebih kedepan lagi.

Apakah rasionalnya untuk menggunakan Bahasa Melayu didalam Bible, jika bukan secara halus untuk mendekati 17 juta rakyat Malaysia yang Bahasa Ibunda mereka adalah Bahasa Melayu?Harapan saya di tahun 2009 nanti agar orang-orang Melayu akan lebih bersatu hati dan mempertahankan kedaulatan Agama dan Negara kita.

Doa saya terhadap Pemimpin Melayu agar mereka melihat perkembangan yang mengusarkan hati saya ini sebagai sesuatu yang amat penting dan perlu ditangani dengan rasional.Jangan hanya bertindak apabila"Nasi Sudah Menjadi Bubur".Dibahu mereka tergalas tanggung-jawab yang maha berat.

"GREAT POWER COMES WITH GREAT RESPONSIBILITY".

SELAMAT TAHUN BARU 2009.
WASSALAM.

Friday, December 26, 2008

MAAL HIJRAH 1430 HIJRAH.

SALAM HORMAT.

Tahun baru datang lagi.Akan tetapi ramai generasi muda kini yang langsung tidak mempedulikan AWAL MUHARAM.Bagi mereka telah terbiasa atau terdidik dengan New Year.Salah siapa yang menjadikan keadaannya begini?Tak perlu dicari atau dihukum siapa yang bersalah,malahan tak perlu menyalahkan sesiapa dalam hal yang sebegini.Kita sebagai Orang Melayu sendiri yang patut menerima hakikat ini DAN bagi saya masih belum terlambat untuk kita semua untuk BERHIJRAH.

Setelah 51 tahun Merdeka,akan tetapi tahap pemikiran kita masih terus dijajah dengan anasir-anasir luar.Rakyat Malaysia tiada identiti sendiri.Apatah lagi ORANG MELAYU khasnya,tidak banyak yang boleh dibanggakan oleh kita sebenarnya.

Bersempena dengan Maal Hijrah tahun ini marilah kita bersama-sama menghayati erti HIJRAH itu sendiri.Marilah kita bermula dengan MENYATUKAN SELURUH BANGSA MELAYU dengan bersatu mempertahankannya.Kita masih berstatus MAJORITI(walaupun terbahagi kepada beberapa parti politik).Alangkah kuatnya kita andai Bangsa Melayu kita bersatu hati dan memperjuangkan nasib bangsanya juga seluruh rakyat Malaysia amnya.

Satu pesanan kepada PEMIMPIN MELAYU khasnya,Bersempena dengan MAAL HIJRAH 1403
HIJRAH ini,marilah kita semua bersama-sama menghayati perjuangan dan hijrah yang dilakukan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.

Mafhum hadith"sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu,bergantung kepada niat dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan.Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata taat kepada Allah dan Rasulnya,maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya"

Selamat Maal Hijrah 1430 Hijrah.

Wassalam.