Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009.

Salam Hormat.

Tahun Baru datang dan pergi,semoga kita semua beroleh apa yang dihajati di tahun 2008.Andai gagal,masih ada harapan untuk mengejar impian masing-masing.

Bagi saya pula untuk tahun 2009,ingin saya tempuhi seperti tahun-tahun yang lalu tanpa ada sebarang malapetaka dan peperangan dibumi tercinta ini.Hampir kebanyakan musibah di Malaysia adalah berpunca dari kesalahan manusia sendiri.

Ada seperkara yang masih perlu saya bawa ketahun 2009 nanti iaitu mengenai isu Bahasa Malaysia samada berkenaan PPMSI atau Permintaan oleh Persatuan Penganut Kristian Malaysia untuk menterjemahkan Bible mereka kedalam Bahasa Melayu.

Pendirian saya tentang dua isu diatas adalah berlawanan.Saya menyokong PPMS dalam Bahasa Melayu dan menentang Bible didalam Bahasa Melayu.Bagi saya keputusan mahkamah yang membenarkan perkataan Allah digunakan sebagai gantinama Tuhan oleh orang Kristian sudah cukup untuk menguris hati.Sekarang mereka sedang mengatur langkah untuk lebih kedepan lagi.

Apakah rasionalnya untuk menggunakan Bahasa Melayu didalam Bible, jika bukan secara halus untuk mendekati 17 juta rakyat Malaysia yang Bahasa Ibunda mereka adalah Bahasa Melayu?Harapan saya di tahun 2009 nanti agar orang-orang Melayu akan lebih bersatu hati dan mempertahankan kedaulatan Agama dan Negara kita.

Doa saya terhadap Pemimpin Melayu agar mereka melihat perkembangan yang mengusarkan hati saya ini sebagai sesuatu yang amat penting dan perlu ditangani dengan rasional.Jangan hanya bertindak apabila"Nasi Sudah Menjadi Bubur".Dibahu mereka tergalas tanggung-jawab yang maha berat.

"GREAT POWER COMES WITH GREAT RESPONSIBILITY".

SELAMAT TAHUN BARU 2009.
WASSALAM.

3 comments:

azlishukri said...

satu lagi cubaan untuk merosakkan agama Allah..

wmu350 said...

biar kita berperang dalam perjuang,menang kalah kita terima tetapi dalam isu melayu tak kira apa ideologi melayu harus bersatu.
selamat hatun baru kepada saudara awi pt8.

awi.prt8 said...

Saudara Muhammad Azli dan wmu350,

Saya amat berharap orang-orang islam dapat bersatu hati dan cepat sedar dari lamunan.Kita akan semakin lemah bila berpecah-belah,semakin mudah untuk di buli dan seperti lembu di cucuk hidung.