Tuesday, May 19, 2009

PENANTIan SATU PENYIKSAAN.

Salam Hormat,

Merujuk kembali posting saya bertajuk 'UMNO SUDAH REBAH' dan saya ulangi PENILAIAN SAYA berkenaan posting tersebut:

"Andai UMNO memulaukan prk Penanti maka ianya seperti membenarkan hujah sahabat saya bahawa UMNO belumpun berupaya bangun dari rebahnya dan menghitung berapa batang gigi yang telah gugur...haih,apapun alasan untuk tidak bertanding di Penanti tidak akan dapat membeli pemikiran saya sendiri...."


Saya sememangnya membantah keras keputusan BN untuk tidak bertanding kerana satu sebab yang paling lojik untuk akal saya sendiri IAITU....BILA TIDAK BERTANDING DAH TENTU TAK ADA PELUANG LANGSUNG UNTUK MENANG...dan dengan itu saya ada satu pertanyaan untuk MOHD NAJIB BIN ABDUL RAZAK ; Adakah anda yakin dan pasti dengan memulaukan prk Penanti , BN akan memenangi hati pengundi Penanti khasnya 5,127 pengundi yang mengundi BN pada PRU12 dan pengundi 1MALAYSIA amnya seterusnya menang besar pada PRU13 kelak ?
JAWAPAN SAYA ; Aku dah malas nak komen la...sebab depa bukan nak dengaq pon..aku ingat ramalan bahawa BN memerintah sampai PM ke6 shj akan menjadi kenyataan andai MOHD NAJIB and the GANG terus-terusan bertindak kurang bijak seperti ini.

WASSALAM.

Sunday, May 10, 2009

RAMALAN NUJUM PAK BELALANG?

SALAM HORMAT,

Esok, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan samada Menteri Besar PR Datuk Seri Nizar Jamaludin atau Menteri Besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sebenarnya. Maka akan bersambung satu lagi episod yang sudah bermula sejak PRU 8 March 2008.

Apakah akan berakhir sebuah kisah paling hodoh dalam politik Malaysia? Maksud saya bukan politik Malaysia yang hodoh,...tetapi pelakon politik PR yang melakonkan watak paling hodoh atau boleh juga bodoh dan memperbodohkan rakyat Perak.Mereka ini bukan bodoh akal tetapi memperbodohkan akal rakyat Negeri Perak dengan berlakon seperti mangsa dalam krisis politik ini.

Lihatlah sendiri bagaimana pelakon PR ini memanipulasi setiap inci dan ruang dalam proses undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang pastinya punya kelemahan . Barisan Nasional dari dahulu dan selamanya sangat terlalu menjaga hati dan perasaan kawan dan lawan dalam setiap tindakan mereka ,...buktinya , tidakpun berlaku krisis atau kacau-bilau yang berpanjangan ketika peralihan kuasa di 5 negeri selepas PRU12 March 2008 TETAPI lihatlah apa yang berlaku bila berlaku peralihan kuasa dari KERAjaan Pakatan kepada Barisan Nasional. Bukankah KERAjaan PR yang tidak rasional ? Tidak menghormati majoriti ? Tidak menghormati Raja ?......ada lagi agaknya..lu orang tambah sendiri lah.

Wassalam.