SALAM HORMAT.
Kepada sesiapa sahaja yang membacanya,
Sebelum saya meneruskan sembang, saya ingin mengucapkan tahniah kepada MP Kuala Terengganu yang baru Mohd Abdul Wahid Endut atas kemenangan beliau semalam.
Perkara yang agak lama saya simpan dalam hati dan kini saya rasa sudah sampai masa untuk saya luahkan.Saya tahu majoriti rakyat merasakan yang sama seperti saya dan mereka telah terjemahkannya di kotak undi.
SECARA RINGKASNYA BEGINILAH..Umno secara khususnya mesti sudah tahu bahawa majoriti rakyat telah menolak KEPIMPINAN TERTINGGI UMNO.SENANG CAKAP MACAM NI LAH....PERDANA MENTERI DATO` SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI DAN BARISANNYA TELAH DITOLAK OLEH MAJORITI RAKYAT PADA PRU12 YANG LALU.....DAN TERKINI SELEPAS BELIAU DAN (majoriti ??) AHLI UMNO MEMBERIKAN ENDORSEMENT KEPADA NAJIB TUN RAZAK UNTUK MENGEPALAI UMNO MARCH NANTI,MAJORITI RAKYAT MASIH BERTERUSAN MENOLAK UMNO SEPERTI YANG TERBUKTI DI PRK PP DAN SEMALAM PRK KT.
Saya melihat dari senario yang sebegini adalah tidak mustahil Barisan Nasional akan menjadi parti pembangkang selepas PRU13 nanti.Percayalah kata-kata saya ini kerana kata-kata saya adalah kata-kata rakyat biasa yang tidak mempunyai kepentingan dalam UMNO tetapi masih sayangkan UMNO....bagi saya UMNO perlukan perubahan yang TOTAL dibarisan tertinggi parti.Rakyat sudah bersuara bahawa Pak Lah dan Najib sudah tidak relevan lagi...BAGGAGE mereka terlalu berat untuk dikendong bersama oleh rakyat.MASIHKAH UMNO TAK PAHAM-PAHAM LAGI BAHAWA RAKYAT MAHUKAN Muhyiddin Yassin sebagai PM...Beliaulah yang mendapat poll tertinggi dari rakyat(baca sebagai pengundi) untuk menerajui Malaysia.
Harus dapat dibezakan antara pilihan rakyat dan pilihan umno.Pemahaman saya disini bahawa majoriti atau kesemua ahli umno adalah rakyat malaysia TETAPI MAJORITI RAKYAT MALAYSIA BUKANLAH UMNO.....so you all kena la ikut apa yang rakyat nak, bukan apa yang you all perasan rakyat suka.
Marah atau tak suka dengan apa yang i cakap???Tak percaya lagi??? Tak ape lah..i cuma luah apa isi hati i....you all tunggu dalam tahun nie ada lagi pilihanraya negeri untuk Sarawak.Kalau you all masih macam nie..tak nak dengar apa yang rakyat kata siapa yang mereka nak sebagai PM mereka,akan ada lagi keputusan yang memang sudah boleh you all jangkakan.
Harap maklum dengan apa yang saya luahkan dan segeralah bertindak,salam maaf dari saya andai terkasar bahasa.
Sekian Terima Kasih,
Wassalam.