Selagi kita tidak dapat membebaskan kesempitan fikiran sehingga mampu berfikir diluar kotak kebiasaan,maka kita sukar untuk mencari kebenaran dan maju kehadapan.Saya agak dukacita apabila berforum dengan seseorang dari parti tertentu yang apabila partinya dikritik,dia menjawab"dulu parti lawannya buat lebih teruk lagi".
Pemikiran yang seperti itu hanya akan menghalalkan kesalahan sendiri atas alasan musuhnya lebih buruk.Apakah jika parti yang memerintah dulu merompak harta rakyat 1 Billion,maka tidak salah untuk anda merompak setengah Billion,kerana itu kurang dari yang dahulu?Memetik kata-kata oleh SAHIBUL SAMAHAH DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN.
P/S Awi.prt8..BUAYA TIDAK PERNAH MENOLAK BANGKAI.
Lihatlah masa sudah membuktikan mereka di PR ini tidak lebih seperti buaya
yang akan membaham apa sahaja.Mereka sudah mula menunjukkan warna
sebenar mereka.
WASSALAM.
13 comments:
tuhan maha adil,kekalahan teruk bn tempohari adalah untuk menyedrkan dan membuktikan apa yang saya rasa dan mengapasa saya masih setia bersama umno walaupun sukar digambarkan dengan kata2.....hanya jauhari mengenal manikam.
Saudara wmu350,
jangan berputus asa,Allah bersama-sama orang yang sabar...hanya jauhari mengenal manikam...dan awi.prt8 takkan mengenal penat akan "UP KAN" perkara sumbang PR.
lagi satu bangsat punyai idea,selama ni mana ada hak milik bagi sampai 999 tahun.....belum pernah sejak merdeka ,yang ada dan saya tahu 99 tahun..kampung baru kat perak mb ninar boleh bagi....inilahlah boneka dap..sebab tu saya kata pas tidak faham dan bijak dalam menjaya kepentingan orang melayu....nak buat hudud tapi kawan dengan dap yang terang2 sampai mati tak kasi can punya
Satu perkara penting yang harus PAS jelaskan bahawa mereka hanyalah salah sebuah parti politik.ISLAM adalah untuk semua bukan untuk PAS sahaja.Tak semestinya BUKAN PAS bererti BUKAN ISLAM...inilah mentaliti yang harus diubah...PAS juga adalah hanya manusia biasa yang takkan lari dari membuat DOSA,tak kira kecil atau besar.
selama ni pun orang melayu berselindung disebalik nama parti masing2 sahaja tapi sebenarnya sama je 2x5 .5x2...kesian orang yang terkeliru oleh dakyah masing2
takbir
saya setuju.. mereka mula menunjukkan warna mereka..
Salam perjuangan,
Terima kasih kepada Saudara Awi.prt8 kerana memberi sokongan terhadap perjuangan Pemuda IKS. Berharap sokongan padu ini akan membuatkan Pemuda IKS lebih bersemangat untuk berjuang. Yang paling penting, keikhlasan hati dan matlamat perjuangan tidak terpesong.
"Memperkasa Generasi Baru"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
betul, walaupun bangkai itu akan membusukkan perjuanagn yang mereka bawa, "perjuangan Islam" kononnya..
Pas yang memang hamPassss...!
Salam bro,
thanks kerana singgah ke malay-machista. looking forward to more interesting discourse in your blog, and glad to be acquainted to you.
p.s : bro dok sg leman ye? entah2 saudara! hehe
Salam sekali lagi,
terima kasih kerana sudi menjadi "pemerhati" kepada parti yang saya menjadi ahlinya.
ada beberapa perkara yang saya ingin ulas :
1. Parti PAS dan Orang PAS memang dua perkara yang berbeza
2. Ramai orang PAS yang masuk PAS kerana percaya dengan perlembagaannya yang ingin menegakkan Al-Quran dan Hadis sebagai tunggak pemerintahan.
3. ada ramai juga yang masuk PAS kerana geram dan marah UMNO
4. ada ramai juga ahli PAS yang perasan. Masuk PAS, pakai kupiah terus perasan "Alim". ustaz UMNO semua salah, Ustaz PAS macam akil hayy pun semua betul...
5. Tapi bro, ramai juga yang istiqamah dan berpegang kuat pada kebenaran. yang salah (macam MB perak, dan kerjasama dengan DAP) tetap salah, aku rasa ini satu kesilapan parti yang didokongi
6. Harap saudara dan rakan2 jangan benci pada PAS kerana generalisasi yang bias, jom kita berjuang atas landasan masing2 demi mencapai matlamat ( yang sebenarnya sama )kebaikan untuk semua umat Islam di Malaysia.
saudara malay-machista dan sahabat bloggers,
saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang manusia.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al`Ashr.
P/S awi.prt8...Bukan anutan parti kita yang membezakan kita semua di sisi Allah swt.
hampes punya MB perak ,tanah dijadikan model politik,dia tu dok jadi tunggangan roket,dia tu walaupun lulus engineer tapi buta sejarah,apa yang di buat kat 10 bulan memerintah Peai yg Perak,yang teman nampak TUTUP dewan Kemas,ambil sewa kedai-kedai yg dibangunkan dahulu(cth di sg siput)pas ne tak tau apa lagi strategi roket gan pas ne nak memusnahkan orang melayu,mana ada tanah 999 tahun lebih baik bagi selagi ada bulan dan matahari,pejuang-pejuang kemerdekan tak nak pula di beri tanah.Kita tengok ada pulak kaum lain kata jangan diungkit ak sejarah.Helo.... sejarah lah buat kita matang,budak-budak zaman sekarang komplein banyak pandai sepandai ananuar ibrahim depa suka lah pemimpin macam tu...hampasssss
Satu lagi kita ne asyik dok cakap kat suratkhabar...adakah kita paham suratkhabar kaum lain tulis,jadi kepada bangsa-bangsa melayu tak kira jawa ka..apa ka yang beragama islam mesti bersatu..cuba kita tengok kat palastein tu...satu dunia berdoa...tapi sang zionis camtu juga membaham rakyat di gaza sana...jadi renung-renungkanlah...kenapa....kerana sifat kita ...orang islam tak besatu...suka buat tomohan palsu ..fitnah dah jadi makanan kita setiap hari...berebut kuasa dan kedudukan...jadi teman tengok sang roket pun macam zionis depa cuba rampas tanah ssecara senyap dan bijak....la ne kuasa di tangan mereka...esok dah terlepas habis hancur rancangan mereka...jadi tuan-tuan di blog-blog ne renung-renungkanlkah....
P/s:Tanah di perak ne bakal tergadai yob ooiii.
Post a Comment