Friday, April 24, 2009

MUKJIZATNYA AZAN.

SALAM HORMAT,

Pesanan semasa mendengar azan....
Kematian itu pasti menjelma . Hanya masa dan waktunya tidak kita ketahui.Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak,hampir ajalnya tidak dapat berkata apa-apa...lidahnya kelu keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan `sakratul maut`.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan.Jika tidak Allah akan kelukan lidahnyaketika maut menghampirinya".
Sebagai seorang muslim kita wajib menghormati azan.Banyak fadhilatnya .Jika lagu kebangsaan kita diajar untuk berdiri tegak dan diamkan diri .Mengapa tidak berbuat begitu ketika azan?
Kita takut dengan kelunya lidah kita ketika ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah `Lailahaillallah...` yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah itu ketika nyawanya hampir dicabut maka dengan izin Allah dijanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
Ya Allah ! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkanlah lidah kami mengucapkan kalimah `Lailahaillallah..` semasa sakratul maut menghampiri kami.
amin...amin...amin Yarobbal a`lamin.
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA SAIDINA ALI R.A;
1) JUJUR DALAM BERKATA-KATA.
2) MENJAUHI SEGALA YANG HARAM.
3) MERENDAH DIRI.
WAHAI ALI ,BAGI ORANG YANG JUJUR ITU 3 TANDANYA;
1) MERAHSIAKAN IBADAHNYA.
2) MERAHSIAKAN SEDEKAHNYA.
3) MERAHSIAKAN UJIAN YANG MENIMPANYA.
WAHAI ALI , BAGI ORANG YANG TAKWA ITU 3 TANDANYA ;
1) TAKUT BERLAKU DUSTA DAN KEJI.
2) MENJAUHI KEJAHATAN.
3) MEMOHON YANG HALAL KERANA TAKUT JATUH DALAM KEHARAMAN.
WAHAI ALI,BAGI AHLI IBADAH ITU 3 TANDANYA ;
1) MENGAWASI DIRINYA.
2) MENGHISAB DIRINYA.
3) MEMPERBANYAKKAN IBADAH KEPADA ALLAH S.W.T.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa kedalam kotak masjid,tetapi begitu kecil bila dibawa ke supermarket.45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tetapi betapa singkatnya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Saya coretkan bahan ini di dalam blog ini kerana pesanan berikut;
"Kepada sahabatku yang dimulai dan dihormati...Kita boleh mengirim ribuan `jokes` dan `surat berantai` melalui email mahupun edit - mengedit dan lain-lain...tetapi bila mengrimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali...

WASSALAM.

2 comments:

uni said...

bukan saja yang nak mengirim email yang berfikir 2 tiga kali . yang nak lomen pun KOSONG orang

zankandis said...

kena sentiasa ingat seksaan kubur. manusia selalu berlagak berani walaupun pada hukum Allah.. tapi ada satu yg selalu ditakuti.. takut mati.. kalau dah takut mati, kenalah ingat kita ni siapa!