Salam hormat,
Ketika tumpuan ramai penganalisis politik tertumpu kepada kerjasama UMNO-PAS dan seterusnya untuk merealisasikan Kerajaan Perpaduan (Unity Government) ,namun dari pendapat sesetengah orang , dewasa ini UMNO sedang mengutip gigi-gigi yang bertaburan dek kerana rebah tersungkur oleh pukulan tsunami pru12 dan juga by-election yang kesemuanya tewas(semenanjung).Begitulah yang diibaratkan oleh sesetengah sahabat , lantas membenarkan kata-kata DS Najib untuk tidak memasuki gelanggang di Penanti.Bukan kerana UMNO pengecut , akan tetapi kerana UMNO belumpun dapat berdiri selepas pukulan KO pada pusingan yang terdahulu.Kerana itu , tawaran untuk Unity Government tidak lain hanya untuk memainkan perasaan UMNO yang sedang bergelut untuk memperbaiki gigi yang tertanggal.
Baiklah saya simpan dahulu ulasan saya tentang Unity Government , pedulikan tentang gigi yang bertaburan kerana bagi saya ianya hak individu untuk membuat persepsi masing-masing.Dalam masa yang singkat ini saya berharap DS Najib dapat memikirkan semula cadangan beliau untuk memboikot prk Penanti . Adalah kesilapan yang besar seandainya beliau memboikot Penanti kerana kesannya bukan lagi boleh diukur dengan scala richter dan bukan juga hanya gigi yang perlu dikutip oleh UMNO , entah apa perumpamaan yang boleh disamakan ketika itu?...adakah mengorek lubang kubur sendiri atau commit suicide? Saya serahkan kepada pembaca untuk memberi penilaian masing-masing.
Penilaian saya : Andai UMNO memulaukan prk Penanti maka ianya seperti membenarkan hujah sahabat saya tadi bahawa UMNO belumpun berupaya bangun dari rebahnya dan menghitung berapa batang gigi yang telah gugur...haih , apapun alasan untuk tidak bertanding di Penanti tidak akan dapat membeli pemikiran saya sendiri....tak tau la aku apa dalam pikiran orang lain...boleh hangpa komen sikit?
WASSALAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Salam.
Pada saya UMNO mesti letakkan calon di situ, walau pun terpaksa letakkan Mahathir sekali pun. Kalau tidak moral penyokong UMNO semakin merudum dan mungkin terhumban terus.
SALAM ZIARAH
UMNO X BLH MENGALAH. UMNO KENA CARI BALIK APA YG DH HILANG SEBELUM NI. GUNAKAN KEBIJAKSANAAN DGN AKAL BKN DGN HATI
cuti rehat dah 50 tahun bertanding apa salahnya rehatkan minda dan rehatkan semangat ............orang melayu yang dah tak fikir baik buruk selamani bila undi sesuatu parti....
ada orang kata kita ajar umno pru12 hari tu...tapi ingat kita rasa kita pandai sebab mungkin pru13 orang melayu kita beri pada umno balik....ada tak kita fikir bangsa lain bila dia dapat apa yang bn tak beri selama ni pada mereka akan balik sokong bn....bagaimana bn tak boleh bagi tanah 999...tapi pr boleh?....siapa nak jawap
...hampeh kut mereka tak balik-balik dah.....jadi baik orang melayu bersedia tingkatkan ekonomi sebelum nasi dah jadi bubur dek tindakan kita lupa jasa umno dan beri pada PR pada pru12 hari tu.....ingat lah wahai melayu..
kesimpulannya pada saya kalau orang melayu masih tak nampak lagi mengapa kena sokong umno....lebih baik tak payah betanding...biar melayu risau dan susah hati baru mereka sedar kalau umno tak de...habis kuasa oiiiii....
tapi jika ramai nak .....saya akur dan ikut majoriti...
terima kasih kpd semua sahabat,
setiap pertandingan adalah amat penting untuk sistem demokrasi...kerana itu saya berpendapat perlunya bertanding , lebih-lebih lagi UMNO adalah tunjang kepada kerajaan BN dan UMNO tidak harus meletakkan keadaan yang seumpama memulaukan salah satu cabang demokrasi itu sendiri dan boleh 'backfire'UMNO di masa akan datang.Kekosongan kerusi Penanti adalah sah dan mengikut proses undang-undang , kerana itu walau apa pun motif disebalik pkr mengosongkan kerusi tersebut...adalah penting untuk UMNO merebut peluang untuk bertanding dan meletakkan calon yang mempunyai peluang untuk menang.Ini sangat penting sebagai langkah permulaan sesuatu pertandingan kerana tanpa pertandingan tiada siapa yang dapat mengukur KEKUATAN DAN KELEMAHAN , KEBURUKAN DAN KEBAIKAN SETERUSNYA MEMPERBAIKI SEGALA KEKURANGAN TERSEBUT. 'SEANDAINYA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA'.
takbir allahuakbar..i am follow...
aku sokong dengan nasi lemak bungkus, dulu aku sokong anwar, sampai la ni aku ingat apa dia kata... lawan tetap lawan, oleh itu pada pak najib aku nasihatkan agar dia guna pakai kata-kata keramat si mamat anwar tu..
Bubursumsum71'
Kiranya awak sedar dengan cepat jugak ya .. Tapi ramai yang masih dibuai dengan angan2 yang tak kunjung tiba... Masih ramai yang masih tak sedar yang mereka sedang menjual bangsa mereka sendiri.
KHAS BUAT pejuang2 UMNO ...!!!
Betapa Jahilnya manusia bila hati telah hitam dari cahaya agama kerana banyak sangat makan dan bergelumangan dgn hasil serta pencarian yang haram dan menganut fahaman kebangsaan .
Dibawah ini aku titipkan antara natijahnya hasil yang haram jika telah menjadi sebati dgn darah daging kita dan berakidahkan semangat kebangsaan ( Assobiyah ).
Semua tu alasan org2 yang berfahaman serta berakidahkan semangat Assobyiah..Kononnya tak nak masuk PAS sebab PAS bergabung dgn DAP..
Selama ni UMNO bergabung dgn Komponen2 dari sabah yg terang2 bukan islam dan UMNO melantik Jafry Ketingan sbg ketua menteri tak pe pulak.. Sedangkan Jafri ketingan itu adalah Ketua gerakan Kristian Asia tenggara.. Beliaulah yg merancang dan telah memurtadkan beribu umat islam diseluruh nusantara..
beliau di iktiraf sebagai wakil misioneries oleh ketua padri dari vertican city malah berjuta2 dollar disalurkan kepada beliau bagi membeli akidah umat islam nusantara termasuk malaysia..
Sedangkan DAP rata2nya bangsa cina yg beragama budha dan ada yg tidak berpegang kepada agama.. Sejarah telah membuktikan penganut agama budha tidak pernah menjajah mana2 negara umat islam berbanding dgn Yahudi dan nasara ( kristian ) dan lupa ker dgn Perang salib atau mmg tak tahu tentang sejarah agama islam dan tak minat dgn agama islam..
UMNO menuduh DAP sebagai kaffir harbi... bila pulak para ulamak UMNO memfatwakan DAP sebagai kaffir Harbi.. kalau benar DAP kaffir harbi sila desak mufti UMNO keluarkan fatwa tersebut secepat mungkin..
Sabda Rasulullah s.a.w " Janganlah kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana dengannya ( melakukan keadilan ) akan mendekatkan kepada taqwa.”
Sabda Rasulullah s.a.w ;
قال الرسول(ص): لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ ولَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ على عَصَبِيَّةٍ و لَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ على عَصَبِيَّةٍ
Bukan dari kalangan ku org yg menyeru ke arah assobiyyah/ Kebangsaan, bukan dari kalangan ku org yg berperang di atas dasar assobiyyah dan bukan dari kalangan ku org yg mati di atas dasar assobiyyah ( Kebangsaan ).
RASULULLAH TIDAK MENGAKU UMAT SERTA MELAKNAT KEPADA SESIAPA YANG BERJUANG ATAS DASAR BANGSA..
Kalau Rasulullah sendiri dah tak mengaku umat kat padang Mahsyar nanti korang nak mintak syafaat dgn sape..??
Dengan Hang Tuah kerr sbb korang selalu sebut kata2 yg kononnya keramat bagi korang " Tak kan melayu hilang di dunia ' atau pun korang akan mintak syafaat dari anak didik British Tunku A BEDOL Raman yg mmg terkenal dgn kaki pompuan. kaki minum, kaki judi dan stable lumba kuda..
Belajarlah Sejarah Agama Islam serta sirah Rasulullah dan para sahabat serta syuhada`..bukan hanya belajar sejarah bangsa sendiri sahaja..
Adakah diri dan jasad manusia tanpa mengenal agama tidak perlu dihormati ? Tidakkah Al-Quran menyatakan “ Sesungguhnya kami memuliakan Bani Adam” ?
Bukankah Syaidina Umar r.a pernah menegur dengan keras dan bengis terhadap Gabenor Mesir Amru Al’As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat qibti dengan kata-kata berikut “ Sejak bila kamu diberi ( Hak ) lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas ”
Justeru tu ramai dari kalangan melayu terpelajar tak hormat dgn puak2 UMNO ni sebab BODOH serta malas belajar dan membuat kajian ada tu sampai malas berfikir sebab semuanya UMNO sumbat dalam tembolok mereka sampai mereka mati akal serta daya pemikiran..
Mintak maaf kpd penyokong UMNO..sebenarnya zaman melayu menjadi LEMBU telah berakhir..( cuma ada sebahagian daripadanya yg masih lagi kekal bodoh macam LEMBU mungkin berpegang kepada slogan dulu kini dan selamanya tetap sebagai LEMBU ) melayu kini lebih ke hadapan dalam menilai setiap peristiwa dan apa yg berlaku dihadapan mata, melayu sekarang ni lebih kritis memperjuangkan agama, nasib dan ekonomi bangsanya..
Melayu sekarang lebih berani bersaing dgn bangsa lain tanpa mengharapkan kerajaan kerana selama ini pun mereka berdiri atas kaki sendiri. Bukannya seperti LEMBU2 perliharaan UMNO yang senantiasa disuap dgn segala projek dan peruntukan yg tidak seberapa tu..Melayu kini juga sudah tidak mengharapkan kepada rajanya lagi bagi membela mereka semua kerana melayu kini telah mengeri bahawa raja2 mereka juga telah dipasung dan dimandulkan kuasa pemerintahannya oleh anak didik penjajah British yg terdiri daripada pejuang2 kemerdekaan ciptaan pihak inggeris itu sendiri..
Sila Rujuk kpd sejarah negara2 islam yang pernah dijajah oleh puak kuffar ini.. baik penjajah British, belanda, sepanyol, dan italy.. bagaimana mereka ini telah memutarkan minda, pegangan serta akidah umat islam serta memciptakan pejuang2 kemerdekaan hasil didik serta jarum2 yahudi dan nasara agar terus diwariskan kpd umat islam di dalam negara2 yg mereka jajah..
Salam Bro Awi Pt 8,
Bro UMNO belu rebah lagi, saya lihat semangat saudara yang semakin rebah. Selagi ada seorang penyokong seperti saudara UMNO akan tegak berdiri.
Adakah ini satu motivasi atau sesuatu yang perlu diberi perhati?
Post a Comment