Friday, December 26, 2008

MAAL HIJRAH 1430 HIJRAH.

SALAM HORMAT.

Tahun baru datang lagi.Akan tetapi ramai generasi muda kini yang langsung tidak mempedulikan AWAL MUHARAM.Bagi mereka telah terbiasa atau terdidik dengan New Year.Salah siapa yang menjadikan keadaannya begini?Tak perlu dicari atau dihukum siapa yang bersalah,malahan tak perlu menyalahkan sesiapa dalam hal yang sebegini.Kita sebagai Orang Melayu sendiri yang patut menerima hakikat ini DAN bagi saya masih belum terlambat untuk kita semua untuk BERHIJRAH.

Setelah 51 tahun Merdeka,akan tetapi tahap pemikiran kita masih terus dijajah dengan anasir-anasir luar.Rakyat Malaysia tiada identiti sendiri.Apatah lagi ORANG MELAYU khasnya,tidak banyak yang boleh dibanggakan oleh kita sebenarnya.

Bersempena dengan Maal Hijrah tahun ini marilah kita bersama-sama menghayati erti HIJRAH itu sendiri.Marilah kita bermula dengan MENYATUKAN SELURUH BANGSA MELAYU dengan bersatu mempertahankannya.Kita masih berstatus MAJORITI(walaupun terbahagi kepada beberapa parti politik).Alangkah kuatnya kita andai Bangsa Melayu kita bersatu hati dan memperjuangkan nasib bangsanya juga seluruh rakyat Malaysia amnya.

Satu pesanan kepada PEMIMPIN MELAYU khasnya,Bersempena dengan MAAL HIJRAH 1403
HIJRAH ini,marilah kita semua bersama-sama menghayati perjuangan dan hijrah yang dilakukan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.

Mafhum hadith"sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu,bergantung kepada niat dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan.Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata taat kepada Allah dan Rasulnya,maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya"

Selamat Maal Hijrah 1430 Hijrah.

Wassalam.

2 comments:

awi.prt8 said...

Salam hormat,

Pembetulan tarikh pada baris...Pesanan untuk PEMIMPIN MELAYU KHASNYA...TARIKH YANG SEPATUTNYA IALAH 1430 HIJRAH.

Harap Maaf,typo error..

Wassalam

wmu350 said...

hijrah ada banyak jenis hijrah yang penting jangan kita menilai seseorang hanya dari satu sudut sahaja tetapi haruslah dilihat dari skop yang lebih besar pengorbanannya.

sanggupkah kita memegang jawatan dan memikulnya sekali..itupun sekarang sukar dicari...yang ada kebanyakannya hijrah perut sendiri dulu..nak kata salah tak juga...itupun hijrah juga pada dia itu yang dia mampu....jadi apa makna hijrah dan apa yang patut kita umat islam melayu lakukan?

pada saya kita harus bersikap rasional,dan saling tegur menegur dan menerima sekeliling dengan bijaksana.

saudara awi.pt8 pun ada melakukan hijrah iaitu go-blog dari tidak berblog.adakah ini juga tidak boleh dianggap hijrah?

tahniah diatas kejayaan dalam perjuangan....selama ini..he..he