Sunday, January 18, 2009

SURAT TERBUKA UNTUK...

TAN SRI MUHYIDDIN YASIN


SALAM HORMAT.

Kepada sesiapa sahaja yang membacanya,
Sebelum saya meneruskan sembang, saya ingin mengucapkan tahniah kepada MP Kuala Terengganu yang baru Mohd Abdul Wahid Endut atas kemenangan beliau semalam.


Perkara yang agak lama saya simpan dalam hati dan kini saya rasa sudah sampai masa untuk saya luahkan.Saya tahu majoriti rakyat merasakan yang sama seperti saya dan mereka telah terjemahkannya di kotak undi.


SECARA RINGKASNYA BEGINILAH..Umno secara khususnya mesti sudah tahu bahawa majoriti rakyat telah menolak KEPIMPINAN TERTINGGI UMNO.SENANG CAKAP MACAM NI LAH....PERDANA MENTERI DATO` SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI DAN BARISANNYA TELAH DITOLAK OLEH MAJORITI RAKYAT PADA PRU12 YANG LALU.....DAN TERKINI SELEPAS BELIAU DAN (majoriti ??) AHLI UMNO MEMBERIKAN ENDORSEMENT KEPADA NAJIB TUN RAZAK UNTUK MENGEPALAI UMNO MARCH NANTI,MAJORITI RAKYAT MASIH BERTERUSAN MENOLAK UMNO SEPERTI YANG TERBUKTI DI PRK PP DAN SEMALAM PRK KT.


Saya melihat dari senario yang sebegini adalah tidak mustahil Barisan Nasional akan menjadi parti pembangkang selepas PRU13 nanti.Percayalah kata-kata saya ini kerana kata-kata saya adalah kata-kata rakyat biasa yang tidak mempunyai kepentingan dalam UMNO tetapi masih sayangkan UMNO....bagi saya UMNO perlukan perubahan yang TOTAL dibarisan tertinggi parti.Rakyat sudah bersuara bahawa Pak Lah dan Najib sudah tidak relevan lagi...BAGGAGE mereka terlalu berat untuk dikendong bersama oleh rakyat.MASIHKAH UMNO TAK PAHAM-PAHAM LAGI BAHAWA RAKYAT MAHUKAN Muhyiddin Yassin sebagai PM...Beliaulah yang mendapat poll tertinggi dari rakyat(baca sebagai pengundi) untuk menerajui Malaysia.
Harus dapat dibezakan antara pilihan rakyat dan pilihan umno.Pemahaman saya disini bahawa majoriti atau kesemua ahli umno adalah rakyat malaysia TETAPI MAJORITI RAKYAT MALAYSIA BUKANLAH UMNO.....so you all kena la ikut apa yang rakyat nak, bukan apa yang you all perasan rakyat suka.
Marah atau tak suka dengan apa yang i cakap???Tak percaya lagi??? Tak ape lah..i cuma luah apa isi hati i....you all tunggu dalam tahun nie ada lagi pilihanraya negeri untuk Sarawak.Kalau you all masih macam nie..tak nak dengar apa yang rakyat kata siapa yang mereka nak sebagai PM mereka,akan ada lagi keputusan yang memang sudah boleh you all jangkakan.
Harap maklum dengan apa yang saya luahkan dan segeralah bertindak,salam maaf dari saya andai terkasar bahasa.
Sekian Terima Kasih,
Wassalam.

14 comments:

wmu350 said...

umno harus diwarnai dengan orang baru dan tak payahlah ada unsur2 kekeluargaan pada pelapis...
jadi saya pun sama juga dan jika pandangan saya boleh menjadi kenyataan saya mahukan:-

tan sri muhyiddin (presiden umno)
zahid hamidi (tim presiden umno)
ds khir toyo (ketua pemuda umno)
naib presiden dan mt....kawan2 pikir la sendiri sapa2 yang sesuai (saya ikut je)

UMNO AKAN LEBIH SEGAR,DIWARISI DENGAN PENGHAYATAN BUKAN DIWARISI DENGAN ANAK & MENANTU.
(KURANGKAN KONTROVESI TINGKATKAN PRESTASI)HARAP FAHAM MESEJ DARI SAYA SEBAGAI AKAR UMBI YANG PUNYAI AKAL DAN FIKIRAN UNTUK BERFIKIR.

ARTIKEL NI SAYA DAH SUARAKAN DALAM BLOG PADA 10 OGOS 2008.....KALAU KEPALA DAH BANYAK KONTROVESI TAPI PEMIMPIN UMNO MASIH BERKERAS JADI SAYA SETUJU UMNO AKAN KARAM KALAU TAK UBAH SEPERTI SAUDARA KATA.

azlishukri said...

benar kata saudara itu. kita masih sayangkan UMNO.

Anonymous said...

...hmmm...saya percaaya najib lebih baik dan berpengalaman untuk jadi pm dari muhyidin...dia blum tunjuk taring lagi sebab tak mahu over ketuanya.bkn macam anwar yang gila kuasa tu.
lagipun najib lebih bersih dari muhyidin.tak percaya?tanyalah sapa2 yang menghadiri perhimpunan agung masa najib kalah dengan muhyidin.saya yakin anda ada networking untuk itu.

azlishukri said...

salam. saya izinkan saya link blog abang.

awi.prt8 said...

salam saudara azli,

dengan berbesar hati saya izinkan,kecil tapak tangan dunia cyber saya tadahkan.
TQ

Unknown said...

Salam ziarah balas.

Saya sokong kenyataan saudara di dalam bab pembersihan total UMNO.

awi.prt8 said...

salam hormat,

Terima kasih sahabat bloggers semua.Selagi mampu teruskan usaha kita untuk memberikan pandangan dan cadangan untuk di hayati dan di ambil iktibar oleh semua pihak yang berwajib.

Wassalam.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam,

Muhyiddin sudah 61 tahun dan Najib baru 56 tahun. Kalau diikutkan usia, Najib berilah laluan kepada Muhyiddin. Namun begitu, Jikalau Muhyiddin tidak mengeluarkan kenyataan menyokong Najib sebagai Presiden sebelum Mesyuarat Bahagian-Bahagian UMNO seluruh negara, senario mungkin berbeza. Nampaknya Muhyiddin lebih selesa berketuakan Najib daripada bersedia membuka gelanggang untuk Bahagian-Bahagian UMNO mencalonkannya bertanding jawatan Presiden.

Najib mempunyai peminat yang ramai di kalangan ahli-ahli UMNO. Kementerian yang diterajuinya sejak dahulu adalah kementerian yang menghubungkan terus dirinya dengan akar umbi. Beliau membawa perubahan yang besar apabila menerajui sesuatu kementerian. Contohnya ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Menteri Pertahanan, guru dan tentera mendapat faedah yang banyak dari segi kenaikan gaji dan pangkat serta kebajikan kakitangan kedua-dua kementerian ini sentiasa terbela. UMNO akar umbi sebahagian besar pemimpinnya adalah guru dan bekas-bekas tentera.

Bagi Muhyiddin, kementerian yang diterajuinya kebanyakannya tidak menghubungkan beliau kepada UMNO akar umbi dan golongan-golongan yang menjadi pemimpin sebagai ketua-ketua cawangan dan AJK Bahagian-Bahagian. Mungkin beliau kelihatan lebih bersih dari segi moral, karisma dan ketokohannya yang menjadi satu bonus kepada beliau. Pengalamannya semasa menjadi Menteri Besar Johor juga boleh diberikan kredit.

Perlu diingat juga Muhyiddin sendiri tidak mendapat sokongan 100% daripada Johor bagi pencalonan Jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dua Bahagian UMNO di Johor telah mencalonkan Ali Rustam dan Mohamad Taib.

Walau bagaimana pun, rakyat terbanyak melihat Najib sebagai tokoh yang boleh meneruskan tradisi membela rakyat yang dicetuskan oleh ayahandanya. Kemungkinan Najib mampu melakukannya berdasarkan pengalamannya yang luas sebagai Menteri Besar, Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia sebenarnya masih 'kelabu' dan 'was-was' tentang isu pembunuhan Atantuya Sharibu yang dikatakan adanya penglibatan Najib dan Rosmah. Najib sendiri telah menafikan secara terbuka kepada rakyat serta dihadapan pemimpin-pemimpin UMNO dan ketua-ketua Bahagian UMNO dalam satu perjumpaan tidak lama dulu bahawa dia tidak terlibat malah tidak mengenali langsung Atantuya.

Penafian secara tidak bersungguh-sungguh, pembebasan Razak Baginda dan persoalan-persoalan yang tidak memuaskan hati rakyat menjadikan rakyat tidak menyakini Najib sebagai pemimpin yang bermoral.Pemikiran dan penentangan secara senyap ini semakin menebal di hati rakyat. Kemungkinan ianya diterjemahkan dalam dua Pilihanraya kecil yang terbaru di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu di mana Najib menjadi 'Jeneral' PRK tersebut.

Kes Atantuya masih berjalan dan tidak manis untuk kita membincangkannya sama ada Najib terlibat atau tidak. Sesungguhnya Najib mungkin mempunyai rekod silam berkaitan 'perempuan' membuatkan rakyat berfikir banyak kali.

Apa pun kita masih lagi berdiri di atas andaian. Kita tidak mempunyai fakta atau bukti yang kukuh untuk menuduh seseorang. Hanya mahkamah sivil yang boleh menentukannya. Jika Mahkamah sudah tidak dipercayai lagi, Mahkamah Rakyat akan membuat keputusan.

Walaupun di hati kecil menerima Muhyiddin selayaknya menjadi PM tetapi saya mengikut kehendak suara majoriti bagi mempastikan UMNO tidak berpecah lagi. Perpecahan 1988 dan 1998 meninggalkan kesan besar kepada parti yang telah berusia 62 tahun ini. Perpecahan kali ketiga jika berlaku lagi dalam tempoh 20 tahun ini pasti akan mentalqinkan UMNO.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

AhmadRazinHjYob said...

Salam,

UMNO dan PAS bukanlah parti yang penting untuk di selamatkan. Yang penting adalah umat Islam di Malaysia perlu di selamatkan kerana suasana politik yang berpecah belah sesama kita akan meruntuhkan kuasa politik orang Islam di sini. Lihat apa terjadi di Gaza, bila Hamas di serang, Fatah seolah olah melihat sahaja kekejaman ini terjadi. Jangan biarkan perkara ini terjadi. Satu pihak harus berkorban. Kita punyai beberapa pilihan dan salah satunya ialah mengujudkan satu parti tunggal bagi orang Melayu bernaung.. UMNO ataupun PAS... Biarkan PKR dengan konsep multi-racial nya dan kita tidak menafikan bahawa konsep ini memang popular tetapi ia tidak dapat mempertahankan orang Islam dan Melayu di negara ini.

Anonymous said...

UMNO harus sedar bahawa:

1. Abdullah Badawi tidak boleh buat kerja sebagai Perdana Menteri - dia telah gagal.
2. Sepandai-pandai Tun Mahatir dia dah buat silap kerana melantik Abdullah sebagai pengganti beliau.
3. Najib sebagai pengganti yang dipilih mesti menggantikan Abdullah selewatnya bulan March.
4. Khairi dan rakan-rakan mesti beratur mengikut giliran dengan menunjukkan kebolehan sebagai pemimpin kecil, baru boleh bercita-cita untuk menjadi pemimpin besar.
5. Pemilihan selepas ini mestilah menggunakan komputer atau SMS dimana semua ahli akan mengundi.
6. Hentikan mengundi melalui perwakilan - satu ahli satu undi.
7. Oleh kerana pencalonan sudah dibuat semua ahli UMNO mesti menyokong Najib sebagai pengganti. Kalau tidak bersatu dan masih berpuak-puak, orang Melayu akan benci UMNO. Bukan soal calon tapi soal mentaliti ahli UMNO sendiri.
8. Kena sedar masalah dalam UMNO adalah mentaliti ahli yang lemah akal kerana sikap kronisma. Pemimpin yang ada kerana mereka yang lebih layak mempunyai kelulusan dan kepandaian tidak diberi peluan.
9. Kalau UMNO tak nak berubah lagi lepas ini, PAS adalah pilihan terbaik bagi orang Melayu. Kalau PAS kuat PAS tidak akan bersekongkol dengan PKR dan DAP.

Itulah hakikat yang menanti ahli UMNO.

mem-Besar said...

haishHh .. poning makcik!! kebun kelapa sawit kalo dah tua sangat, mana ada hasil. so tebang semua, bakor jadikan baja .. buat tanam semula dengan pokok-pokok baru .. baru hasil lumayan ...

tapi kalau dipasaran kelapa sawit dah tak berapa nak laku .. buat apa tanam lagi ... ganti lah pulak dengan pokok getah ke .. pokok nenas ke .. durian pun tak apa .. janji mendatangkan hasil yang baik.

anyway ... seronok juga membaca pandangan semua.

UMNO PARTI PENJARA said...

mem-besar,

Orang Felda nak letak mana pulak kalau semua tebang :-)


























Suara generasi Baru
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

zedmagel said...

Nasi lemak bungkus,

Sepatutnya begitu, Tan Sri Mahyuddin ni bakal PM tapi beliau tak pasti masa tu. Orang macam beliau ni lebih kerja dari bercakap dan lebih serius dari senyum. Jika Malaysia nak kan perubahan, ini lah orangnya yang akan merubah dan memacu negara ke masa depan yang lebih cemerlang.
Tapi tak tau le perwakilan UMNO yang akan memilih pemimpin pada bulan Mac ini. Di doakan beliau menang kerusi no 2 tu.

Para perwakilan UMNO sedar dan bertindak bijaklah memilih, kami semua orang yang mewakilkan anda ke perhimpunan. Jangan salah pilih pemimpin. Negara tergadai, anak cucu, cicit piut mana nak duduk?

awi.prt8 said...

sahabat,

terimakasih kerana memberikan pendapat.akhirnya yang terbaik jua akan mendapat tempat yang sewajarnya.