Tuesday, February 3, 2009

LOMPAT KA.....TAK LOMPAT? WHAT U GIVE U GET BACK.



Mungkinkah hari pembalasan untuk UMNO telah tiba? Itulah soalan yang bermain difikiran saya sekarang ini.Apabila saya terkenang kembali peristiwa yang berlaku di Sabah pada 1994,dalam masa seminggu selepas PBS berjaya membentuk kerajaan negeri Sabah,BN atau lebih tepat lagi UMNO berjaya menarik keluar lebih 70% wakil rakyat PBS.Ianya memaksa CM Pairin mengistiharkan beliau tewas dalam `acara lompatan`.


Terkini apa yang berlaku di Perak membuatkan ramai pembesar dikalangan UMNO membicarakan dari aspek teknikal dan perundangan berkenaan isu lompat parti.Setahu saya undang-undang anti lompat tak ada tetapi undang-undang yang ada ialah melarang wakil rakyat bertanding semula dalam tempoh 5 tahun jika meletak jawatan atau mengosongkan kerusi.Jadi ia menggalakkan wakil rakyat melompat parti kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk mempertahankan kerusi andai meletak jawatan.So pilihan yang mereka ada hanya melompat,tak kira digelar katak,sintelia,white`s tree frog atau litoria caerulea.Bukan juga mereka ini tak matang dalam politik kerana bagi saya "Political maturity means we must be able to set aside our personal differences for greater good of nation.And we must be able to agree to disagree in a respectful and civil manner".So pada hakikatnya politikus kita sudah matang sebenarnya,walaupun landasan politik kita dari dulu agak kurang `smooth`alirannya kerana hukum-hakam dan undang-undang politik yang agak `bias`dan lebih menjaga kepentingan parti pemerintah ketika itu.
Saya secara peribadi mahukan satu undang-undang untuk re-election diadakan sekiranya ada wakil rakyat mahu berubah parti.Ini kerana ramai pengundi memilih bukan saja atas faktor calon tetapi jenama parti yang bertanding.Untuk berlaku adil kepada semua pengundi makanya satu pilihan raya semula perlu diadakan untuk mencapai kata putus yang baru melalui kotak undi.
Wassalam.