Tuesday, February 17, 2009

PERALIHAN KUASA MARCH `09?

Salam hormat,

Semakin hampir bulan March `09 mendatangi kita,semakin kuat juga angin spekulasi bertiup kencang.Apakah akan ada kejutan nanti kerana hingga kini tiada langsung kelihatan apakah bentuk dan bilakah tarikh sebenar Pelan Peralihan Kuasa tersebut.Saya tidak fikir, senyap dan sunyi ini adalah petanda yang baik untuk UMNO.Orang ramai akan membuat andaian dan spekulasi sendiri apabila perkara ini tiada hujung dan pangkal.Bloggers sudah bersuara dan memberikan buah fikiran yang amat tidak bagus untuk para pemimpin dan UMNO khasnya.


TINGKAT EMPAT.

1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat.Selama lima tahun lebih,Tingkat Empat kadang-kala lebih berkuasa dari Kabinet atau Majlis Tertinggi Umno.Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan kerajaan.Menteri-Menteri kerap meminta pertolongan mereka dan Pegawai Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan.Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.

2. Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.

3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.

4. Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang.Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat.Apakah nasib mereka selepas Mac?Baca seterusnya ;http://chedet.co.cc


BILAKAH ABDULLAH BERHENTI?

Sewaktu merasmikan sidang Parlimen hari ini,DYMM Yang DiPertuan Agong secara jelas bertitah Baginda mahukan peralihan kuasa daripada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato Seri Najib Tun Razak berjalan dengan baik.

Titah Baginda itu boleh difahami sebagai satu ingatan kepada Abdullah untuk tidak berfikir untuk terus memegang jawatan Perdana Menteri selepas Mac ini.Maklumat yang diperolehi oleh Analisis Malaysia ialah Abdullah telah beberapa kali berbincang dengan Dato Seri Anwar Ibrahim,dipercayai berhubung isu ini.Analisis Malaysia berharap maklumat ini tidak betul.Baca seterusnya :http://analisismalaysia.blogspot.com


Saya sekadar membawakan berita dari beberapa Blogs,dan amat berharap ianya hanyalah sekadar senda gurau warung kopi.Saya juga ingin mengupas dari pandangan mata kasar mengapa acap kali Tun memyerang Tingkat Empat.Umum sudah jelas siapakah penghuni Tingkat Empat dan adakah bukan kebetulan anak kepada Tun adalah seteru kepada Ketua Tingkat Empat?


Apakah Tun yang bukan lagi ahli UMNO, menyerang dan membuat pendedahan tentang Tingkat Empat kerana sekadar ingin mempromosikan anak beliau lebih bersih dari Ketua Tingkat Empat?Mungkin juga ada yang tersirat disebalik yang tersurat....akan tetapi harus AWAS kerana pujangga ada menyatakan satu jari menunding pada orang,empat lagi menunjuk kepada diri sendiri.


Peralihan kuasa perlulah berjalan licin, tanpa ada ura-ura untuk menjadikan yang sebaliknya.Andai kelangsungan peribadi dan keluarga lebih diutamakan dari kepentingan Parti dan Negara Malaysia khasnya, maka relevannya UMNO di mata masyarakat(baca sebagai pengundi) akan terus dipersoalkan untuk jangka masa yang sangat panjang hingga boleh jadi membawa kepada faktor UMNO ditolak terus pada PRU13 akan datang.

Wassalam.

No comments: