Wednesday, February 11, 2009

PEMUDA BERANI.

DATO` SERI DR. MOHAMAD KHIR TOYO

Salam Hormat,

Kenapa harus pilih Dr Khir? Kenapa tidak Mukriz? Atau Khairy???Apa kelebihan Dr Khir? Apa pula kurangnya Mukriz dan Khairy??? Atas dasar apa dan apakah kriteria yang diperlukan oleh mereka untuk memimpin pemuda Malaysia? Berbagai lagi soalan dan persoalan yang sering ditanya dan akan terus ditanya oleh semua orang.Disini penulis ingin merungkai serba sedikit persoalan tersebut, itupun yang tercapai dek akal...selebihnya kita harus berdoa agar DR KHIR berjaya menjadi Pemimpin Pemuda Malaysia seterusnya memperkasakan UMNO dan Pemuda khasnya untuk menjadi PEMUDA BERANI.


Dr Khir telah membuat posting berkenaan temubual beliau dengan Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin dan Mohd Azis Ngah.Ikutinya di http://www.drkhir.com


Apa yang menariknya bagi saya mengenai pertandingan tiga penjuru tersebut ialah calon itu sendiri dan latar belakang keluarga Dr Khir yang seperti langit dan bumi jika dibandingkan dengan dua calon lagi.Mukriz dan Khairy umpama lahir dalam dulang emas dan makan dengan sudu perak jika dibandingkan dengan Dr Khir yang lahir dari keluarga petani dan terpaksa berhempas pulas untuk membiayai pengajian beliau.Disinilah saya melihat kekuatan dan jatidiri yang ada dalam diri Dr khir. Saya percaya dengan pengalaman hidup beliau, susah payah dan jatuh bangun yang beliau telah harungi untuk berjaya tanpa tongkat , tanpa bapa atau bapa mertua orang bergelar namun beliau mampu membuktikannya hingga berjaya pada hari ini.kInilah ciri-ciri pemimpin yang kita semua cari-cari, bukan lagi pemimpin yang kita pandang hanya kerana bapa mereka, kita kenali hanya kerana mertua mereka, kita kenali hanya kerana datuk nenek mereka. Sudah-sudahlah dengan ayat-ayat retorik kita itu, cukuplah UMNO semakin lemah jika kita tertumpu dan buta hati serta menjadi jumud hanya kerana ingin menjadikan UMNO sebagai harta pusaka sesetengah pemimpin kita. UMNO bukan untuk diwarisi, UMNO perlu dihayati perjuangan dan pengorbanannya.


Penulis berpendapat Pemuda Malaysia zaman ini perlukan pengisian rohani agar tidak terpesong dari landasan asal perjuangan UMNO. Dr Khir mampu mengisi kekosongan jiwa Pemuda kita, dengan latar belakang Agama beliau walaupun bukan bergelar ustaz namum penulis percaya beliau mampu membimbing Generasi Pemuda untuk memahami erti tawaduk, memahami keadaan dan bermuhasabah diri.


Pemuda harus berani menjadi suara dalam masyarakat atau paling tidak dalam keluarga kerana zaman sekarang orang muda yang mempengaruhi orang tua, kerana ibubapa zaman sekarang memandang tinggi anak muda mereka hinggakan dalam kebanyakan kes ramai ibubapa yang merujuk kepada anak-anak mereka, parti apa dan siapa yang patut mereka undi dalam sesuatu pilihanraya.Dr Khir adalah pemimpin yang datang dari bawah, dari akar umbi, yang memahami kehendak dan masalah rakyat, disinilah kekuatan Dr Khir yang tidak ada pada calon lain.Beliau sebagai Ketua Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi dan juga selama 8 tahun pernah sebagai Menteri Besar Selangor, sudah semestinya mempunyai pengalaman luas dalam parti dan kerajaan.Tidak ketinggalan beliau juga pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia.Siapakah lagi yang dapat mengatasi pencapaian dan pengalam luas beliau?.


Bulan hadapan akan terjawablah segala persoalan diatas. Siapa yang akan menjadi pilihan perwakilan dan atas dasar dan kriteria apa yang membuat mereka menang, hanya orang yang memilih dan Allah jua yang Maha Mengetahui. Dalam masa sebulan ini penulis berharap perwakilan pemuda akan mengambil kira apa yang penulis huraikan diatas.Memilih untuk menjadi PEMUDA BERANI.


UNTUK UMNO TERUS RELEVAN, KITA HARUS MEMILIH PEMIMPIN YANG MASIH RELEVAN.DENGAN FAKTOR UNTUK PEMUDA UMNO TERUS RELEVAN MAKA PILIHAN YANG TEPAT IALAH DATO`SERI DR MOHAMAD KHIR TOYO SEBAGAI KETUA PEMUDA .

Wassalam.

12 comments:

TokBatinSenoi said...

Politicians are the same all over. They promise to build a bridge even where they is no river.

awi.prt8 said...

Tok Batin Senoi,
It`s different with dr khir,while the 2 others `was born with a silver spoon in one`s mouth`,dr khir `beyond all question`was born to be a leader.

wmu350 said...

satu artikel yang bernas.....dan harap para perwakilan memilih dengan bijak demi untuk generasi muda.....jka kj atau mukhriz saya jamin umno kena tunggu satu tempoh lama sekurang2nya ruu13 akan kalah untuk kumpulan muda ini...jika ds khir menang ada peratusan golongan muda akan kembali dapat kita saksikan sedikit demi sedikit...

zankandis said...

kemungkinan dr.khir nak menang memang tipis. beliau ibarat undergog dlm pertandingan. jika dibandingkan dgn 2 lagi calon ni, memang popular, datang dari keluarga yang berlatarbelakangkan keluarga politik. namun apa yg dpt kita rasakan, dasar kepimpinan mereka tak akan lari jauh dari asas sebelum ini, yg mana UMNO semakin lemah. apa yg kita perlukan adalah dasar baru yg bangkit dari pemimpin yg bangkit sendiri. pemilihan bukan atas dasar 'aku pilih kau kerana si polan itu atau ini'. mari kita pikirkan sendiri. kita perlukan nafas baru..

one love said...

hehe no komen :p

awi.prt8 said...

one love,
tengok jer org berpolitik eerk..nanti kita cerita pasal teater ngan awak k.

wmu350 dan zankandis,
inilah masanya kita hebahkan dan menyedarkan semua perwakilan yang nak memilih nanti agar benar-benar memilih intan,jangan hanya melihat kilauan kaca,tetapi nilainya hampeh.lihatlah apa dah terjadi bila sesiapa sahaja yang dikaitkan dengan khairy dan dr mahatir maka orang akan memandang umno dengan sinis.individu seperti khairy dan mukriz perlu dikorbankan untuk menyelamatkan umno.

malay-machista said...

salam saudara awi,
saya hormati pandangan saudara dan kecenderungan saudara menyokong Dr.Khir, and u have the absolute right to your opinion.
namun saya pula melihat dari satu sudut lain.Jika betul pemahaman saya terhadap tulisan saudara, latarbelakang Dr Khir yang berasal dari orang susah, melayakkan beliau menjadi pemimpin yang berani.betul? jika begitu...
1. kita tidak berlaku adil pada dua calon yang lain, kerana latarbelakang mereka, memberi warna (kelebihan) yang lain pula pada perjuangan.
2. generalisasi saudara bahawa DrKhir beyond all question was born to be aleader simply because the others were born with a silver spoon, sangat keras, threading on the thin line of biasness.
saudara awi,
mungkin jika saudara menyenaraikan kualiti Dr.Khir yang measurable, lebih mudah untuk convert his detractors. saya tak kisah, saya bukan orang umno. cuma outsiders yang mengikuti hujah dari ketiga2 pihak.

awi.prt8 said...

Saudara malay-machista,

Saya memberikan sokongan terhadap DS Dr Khir atas dasar latar belakang,pengalaman luas beliau dalam Parti dan Kerajaan dan yang paling utama saya percaya beliau mampu mengisi semula semangat Pemuda yang selama ini telah kosong dan agak keluar dari landasan sebenar sebagai Pemuda Umno.

Budiman Mohd Zohdi said...

Salam persahabatan. Terima kasih kerana memberi sokongan pada Dr. Khir. Jika ada masa layari www.mindabudiman.blogspot.com

awi.prt8 said...

saudara Budiman,

Sokongan kepada Pemimpin haruslah berpaksikan kepada kebolehan dan keupayaan untuk memimpin,dan jangan dilupakan keperibadian yang tinggi amat dituntut agar Pemuda kita tidak tergelincir dari landasan.

Anonymous said...

TAKDE REVOLUSI PUN. KJ TIRU PAKLAH. MUKHRIS BACA SKRIP BAPAK. KHIR TOYO BUKA WASIAT TUN RAZAK...APA BARANG...BAGI LA YANG BAGUS2 SIKIT.....UMNO2



PEMUDA BIJIK TERUNG

awi.prt8 said...

pemuda biji terung

terpulang kepada individu untuk menilai yang terbaik...kita semua pun selama ini hidup dengan meniru orang2 yang terdahulu...tak salah kan???yang baik kita jadikan tauladan.