Friday, February 27, 2009
SEMBANG PETANG.
Hari ini masa agak pantas.Mungkin sebab Jumaat, keluar office agak awal dan kembali semula di meja ini jam sudah pukul 3:00 ptg. Tak banyak yang dapat di baca dalam blog kawan-kawan, cuma sempat menatap tajuk sahaja yang rata-rata semuanya mengenai kapal singh karam dan toll hike.
Ada beberapa email yang saya terima dan yang paling tragis berkenaan kemalangan ngeri di lebuhraya PLUS...(nasib baik bukan pasal tol plus yang naik tu.)
Salah satu email yang saya ingin kongsikan bersama-sama dan jadikan renungan dalam politik TUDUH dan SAMAN masa kini.
p/s..(hampir kepada bahasa asal yang saya terima).
katakan lah ada sorang pompuan nie yang hegeh-hegeh tekel mamat nie , walapon die tau yyg mamat nie dah ada isteri....
pastu awak dok mengata kat pompuan tu tiap2 ari walapon awak takdak kaitan langsong dgn pompuan atau mamat tu.
apa yg awak dpt???
pompuan tu insaf?...tidak kot.
mamat tu sedar?.. maybe.
pompuan tu dapat dosa?....kalo tuduhan tu benar, die berdosa (urusan dosa dan pahala adalah urusan Tuhan, bkn kite.)
awak dpt dosa sebab dok mengata?...??
kalo dok mengata keburukan walapon betul dibelakang org itu = mengumpat.
kalo dok mengata keburukan walapon betul dihadapan org itu = mengutuk
kalo dok mengata perkara tak betul = fitnah.
KALO TAK CAKAP APA-APA = TERHINDAR DARI DOSA MULUT.
Imam Ghazali pernah berkata " Aku sanggup meletakkan batu dalam mulut ku dari mengucapkan perkara yang tidak elok".
p/s...sebelum saya offkan laptop saya ini dan berehat untuk hujung minggu..(tak nak on da line la, kunun2nya masa hujung minggu untuk family...heheheh.)...see ya on monday....INGAT, TEPUK DADA , TANYA IMAN DI HATI.
Wassalam.
Thursday, February 26, 2009
SAYA BUKAN CILAKA....CILAKA!!!
TOLONG TARIK BALIK WAHAI KARPAL SING!!!
SAYA BUKAN CILAKA...CILAKAA!!!
PEMUDA BERANI NUMBER TWO.
Saya menerima email dari kenalan dan disini saya ingin berkongsi untuk kita merenung sejenak yang tersirat dan tersurat...(maaf, saya tidak mahu mengubah bahasa asal email tersebut kerana bimbang tersalah tafsiran...)
easy vs difficult
---------------------
easy to occupy a place in the telephone directory.
difficult to occupy the heart of somebody.
easy to judge errors of others.
difficult to recognize our own errors.
easy to hurt those whom we love.
difficult to heals those wounds.
easy to forgive others.
difficult to ask for forgiveness.
easy to exhibit victory.
difficult to assume defect with dignity.
easy to dream every night.
difficult to fight for a dream.
easy to pray every night.
difficult to find a God in the smallest of things.
easy to say we love.
difficult to demonstrate it every day.
easy to criticize everybody.
difficult to better/perfect ourselves.
easy to think of improving.
difficult to stop thinking & really do it.
easy to receive.
difficult to give.
P/S.....(Tajuk posting sekadar untuk kempen...heheheh)
AND INDEED.... EASY FOR ME TO SAY/WRITE IT.
FOR SURE.... IT`S DIFFICULT BUT NOT IMPOSIBLE FOR US TO IMPLEMENT IT IN OUR LIFE.
PEMUDA BERANI.
Wassalam.
Saturday, February 21, 2009
MENTAL BLOCK ?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah,Ketua Pemuda Pas, Sallahudin Ayub adalah antara ahli Parlimen yang di serahkan memorandum tersebut yang mengandungi 12 mukasurat yang merupakan sinopsis isu PPSMI.
Kemuncak penyerahan memorandum itu pada sebelah pagi tadi ialah kepada Menteri Pelajaran, Hishamudin Hussein, yang tiba-tiba meminta agar Jawatankuasa GMP berjumpa beliau.Hishamudin menerusi seorang pegawainya meminta Dr.Hassan menemuinya dan memorandum tersebut berjaya diserahkan sebaik sahaja Hishamudin keluar dari dewan.Sambil menerima memorandum itu Hishamudin dalam gelak tawa besar sambil memberi semangat agar ianya diteruskan.
Kata-kata Hishamudin itu mempunyai konotasi, seolah-olah beliau memperli usaha-usaha GMP berkenaan dan tidak mahu melayan dengan sewajarnya.Sebelum ini GMP pernah beberapa kali ingin menemui beliau tetapi tidak dilayani.
Apa yang diharapkan oleh pihak GMP kepada Menteri itu semasa penyerahan tersebut benar-benar mengecewakan ahli GMP dan pendokong bahasa yang lain sehingga seorang ahli GMP mengatakan anak bangsawan tidak layak menjadi Menteri Pelajaran.!
Antara tokoh bahasa yang mengiringi Dr Hassan ialah Sasterawan Negara A Samad Said, Timbalan Pengerusi GMP, Prof Sharil Md Zain, Prof Hassan Abdullah, penulis dan pelopor pemikiran literel, Ainon Mohd, Setiausaha Peguambela Muslim, Radzi Mustafa , Hasni Abas dan lain-lain.Baca seterusnya [sini]....{parlimen 3.00pm 17/02/09}
Inilah isu-isu yang menjadikan kerajaan sebagai bahan kritikan dan yang menjadi masalah besar sekarang ini adalah pihak pembangkang kelihatan menjuarainya. Amat menyedihkan apabila pemimpin dari UMNO kelihatan terlalu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan amat sukar menerima hakikat bahawa PPSMI telah gagal mencapai matlamat.Tengku Razaliegh berkata tindakan kerajaan amat perlahan dalam menangani isu ini dan beliau hairan ianya masih belum selesai hingga ke hari ini.
Hishamudin pula masih dengan sikap angkuh tak bertempatnya dengan mengulang-ulang kenyataan "kenapa selepas 6 Tahun baru nak bantah, kenapa baru sekarang"...hello Pak Menteri...pernah tak dengar BETTER LATE THAN NEVER.(it is better to do something late than to not do it at all).. maaf saya sengaja guna BI, sebab takut Bapak Menteri kita tu tak tahu BM.
Ini sudah posting ke 2 saya berkenaan PPSMI, kenapa agaknya susah sangat untuk memenuhi kehendak majoriti? Kenapa hanya masih mahu mengaburi kagagalan yang besar selama 6 tahun ini dengan kejayaan yang segelintir? "Ditelan mati emak, diluah mati bapak", itu kata seorang Prof berkenaan PPSMI kerana beratus juta sudah berhabisan untuk PPSMI dan beratus juta juga akan habis jika membatalkannya.Aduh....kenapa soal wang ringgit sahaja menjadi ukuran???Tidakkah isu yang paling besar ialah pencapaian anak-anak kecil kita dalam pelajaran itu sendiri? Pemahaman anak-anak kecil yang terjejas ekoran pemahaman Bahasa Inggeris yang lemah?Perbezaan ketara anak-anak luar bandar kerana faktor prasarana dan latar belakang keluarga?
Bukan mudah untuk sesiapa jua mengaku kegagalan diri, akan tetapi kita seharusnya melihat isu PPSMI ini dalam konteks yang lebih besar dan lebih luas untuk generasi akan datang.Seharusnya peluang setiap anak-anak kecil kita mendapat pendidikan yang sempurna tidak terabai kerana untuk mereka mampu menyelesaikan sesuatu tugasan yang di beri itu, perkara pertama yang harus ditekankan ialah mereka mestilah MEMAHAMI soalan tersebut.Memahami dengan mudah, sudah tentulah dengan menggunakan Bahasa Ibunda.Mendapat pendidikan yang sempurna tidaklah berkait rapat atau semata-mata bergantung kepada bahasa yang digunakan, ianya lebih kepada keupayaan anak-anak kecil kita memahami mata pelajaran yang di ajarkan. Saya tidak ingin menyentuh Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi ,itu sudah termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
LUAHAN SAYA HANYA UNTUK MELAHIRKAN SIMPATI KEPADA ANAK-ANAK KECIL YANG TERCICIR, TERKIAL-KIAL DAN MEROSOT DALAM PENCAPAIAN PELAJARAN MEREKA KERANA GAGAL MEMAHAMI BAHASA INGGERIS. KASIHAN ANAK-ANAK INI KERANA TIDAK CUKUP GLOBAL (world - kata mawi ).
p/s...posting penulis yang pertama berkenaan PPSMI boleh dibaca di bawah tajuk ' DI KEJAR TAK DAPAT, YANG DI KENDONG TERLEPAS '.
WASSALAM.
Wednesday, February 18, 2009
DR KHIR DI LANDASAN YANG BETUL SEBAGAI BAKAL KP.
Tuesday, February 17, 2009
TIGA PEMUDA PILIHAN ANDA.
PERALIHAN KUASA MARCH `09?
Semakin hampir bulan March `09 mendatangi kita,semakin kuat juga angin spekulasi bertiup kencang.Apakah akan ada kejutan nanti kerana hingga kini tiada langsung kelihatan apakah bentuk dan bilakah tarikh sebenar Pelan Peralihan Kuasa tersebut.Saya tidak fikir, senyap dan sunyi ini adalah petanda yang baik untuk UMNO.Orang ramai akan membuat andaian dan spekulasi sendiri apabila perkara ini tiada hujung dan pangkal.Bloggers sudah bersuara dan memberikan buah fikiran yang amat tidak bagus untuk para pemimpin dan UMNO khasnya.
TINGKAT EMPAT.
1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat.Selama lima tahun lebih,Tingkat Empat kadang-kala lebih berkuasa dari Kabinet atau Majlis Tertinggi Umno.Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan kerajaan.Menteri-Menteri kerap meminta pertolongan mereka dan Pegawai Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan.Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.
2. Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.
3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.
4. Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang.Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat.Apakah nasib mereka selepas Mac?Baca seterusnya ;http://chedet.co.cc
BILAKAH ABDULLAH BERHENTI?
Sewaktu merasmikan sidang Parlimen hari ini,DYMM Yang DiPertuan Agong secara jelas bertitah Baginda mahukan peralihan kuasa daripada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato Seri Najib Tun Razak berjalan dengan baik.
Titah Baginda itu boleh difahami sebagai satu ingatan kepada Abdullah untuk tidak berfikir untuk terus memegang jawatan Perdana Menteri selepas Mac ini.Maklumat yang diperolehi oleh Analisis Malaysia ialah Abdullah telah beberapa kali berbincang dengan Dato Seri Anwar Ibrahim,dipercayai berhubung isu ini.Analisis Malaysia berharap maklumat ini tidak betul.Baca seterusnya :http://analisismalaysia.blogspot.com
Saya sekadar membawakan berita dari beberapa Blogs,dan amat berharap ianya hanyalah sekadar senda gurau warung kopi.Saya juga ingin mengupas dari pandangan mata kasar mengapa acap kali Tun memyerang Tingkat Empat.Umum sudah jelas siapakah penghuni Tingkat Empat dan adakah bukan kebetulan anak kepada Tun adalah seteru kepada Ketua Tingkat Empat?
Apakah Tun yang bukan lagi ahli UMNO, menyerang dan membuat pendedahan tentang Tingkat Empat kerana sekadar ingin mempromosikan anak beliau lebih bersih dari Ketua Tingkat Empat?Mungkin juga ada yang tersirat disebalik yang tersurat....akan tetapi harus AWAS kerana pujangga ada menyatakan satu jari menunding pada orang,empat lagi menunjuk kepada diri sendiri.
Peralihan kuasa perlulah berjalan licin, tanpa ada ura-ura untuk menjadikan yang sebaliknya.Andai kelangsungan peribadi dan keluarga lebih diutamakan dari kepentingan Parti dan Negara Malaysia khasnya, maka relevannya UMNO di mata masyarakat(baca sebagai pengundi) akan terus dipersoalkan untuk jangka masa yang sangat panjang hingga boleh jadi membawa kepada faktor UMNO ditolak terus pada PRU13 akan datang.
Wassalam.
Wednesday, February 11, 2009
PEMUDA BERANI.
Salam Hormat,
Kenapa harus pilih Dr Khir? Kenapa tidak Mukriz? Atau Khairy???Apa kelebihan Dr Khir? Apa pula kurangnya Mukriz dan Khairy??? Atas dasar apa dan apakah kriteria yang diperlukan oleh mereka untuk memimpin pemuda Malaysia? Berbagai lagi soalan dan persoalan yang sering ditanya dan akan terus ditanya oleh semua orang.Disini penulis ingin merungkai serba sedikit persoalan tersebut, itupun yang tercapai dek akal...selebihnya kita harus berdoa agar DR KHIR berjaya menjadi Pemimpin Pemuda Malaysia seterusnya memperkasakan UMNO dan Pemuda khasnya untuk menjadi PEMUDA BERANI.
Dr Khir telah membuat posting berkenaan temubual beliau dengan Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin dan Mohd Azis Ngah.Ikutinya di http://www.drkhir.com
Apa yang menariknya bagi saya mengenai pertandingan tiga penjuru tersebut ialah calon itu sendiri dan latar belakang keluarga Dr Khir yang seperti langit dan bumi jika dibandingkan dengan dua calon lagi.Mukriz dan Khairy umpama lahir dalam dulang emas dan makan dengan sudu perak jika dibandingkan dengan Dr Khir yang lahir dari keluarga petani dan terpaksa berhempas pulas untuk membiayai pengajian beliau.Disinilah saya melihat kekuatan dan jatidiri yang ada dalam diri Dr khir. Saya percaya dengan pengalaman hidup beliau, susah payah dan jatuh bangun yang beliau telah harungi untuk berjaya tanpa tongkat , tanpa bapa atau bapa mertua orang bergelar namun beliau mampu membuktikannya hingga berjaya pada hari ini.kInilah ciri-ciri pemimpin yang kita semua cari-cari, bukan lagi pemimpin yang kita pandang hanya kerana bapa mereka, kita kenali hanya kerana mertua mereka, kita kenali hanya kerana datuk nenek mereka. Sudah-sudahlah dengan ayat-ayat retorik kita itu, cukuplah UMNO semakin lemah jika kita tertumpu dan buta hati serta menjadi jumud hanya kerana ingin menjadikan UMNO sebagai harta pusaka sesetengah pemimpin kita. UMNO bukan untuk diwarisi, UMNO perlu dihayati perjuangan dan pengorbanannya.
Penulis berpendapat Pemuda Malaysia zaman ini perlukan pengisian rohani agar tidak terpesong dari landasan asal perjuangan UMNO. Dr Khir mampu mengisi kekosongan jiwa Pemuda kita, dengan latar belakang Agama beliau walaupun bukan bergelar ustaz namum penulis percaya beliau mampu membimbing Generasi Pemuda untuk memahami erti tawaduk, memahami keadaan dan bermuhasabah diri.
Pemuda harus berani menjadi suara dalam masyarakat atau paling tidak dalam keluarga kerana zaman sekarang orang muda yang mempengaruhi orang tua, kerana ibubapa zaman sekarang memandang tinggi anak muda mereka hinggakan dalam kebanyakan kes ramai ibubapa yang merujuk kepada anak-anak mereka, parti apa dan siapa yang patut mereka undi dalam sesuatu pilihanraya.Dr Khir adalah pemimpin yang datang dari bawah, dari akar umbi, yang memahami kehendak dan masalah rakyat, disinilah kekuatan Dr Khir yang tidak ada pada calon lain.Beliau sebagai Ketua Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi dan juga selama 8 tahun pernah sebagai Menteri Besar Selangor, sudah semestinya mempunyai pengalaman luas dalam parti dan kerajaan.Tidak ketinggalan beliau juga pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia.Siapakah lagi yang dapat mengatasi pencapaian dan pengalam luas beliau?.
Bulan hadapan akan terjawablah segala persoalan diatas. Siapa yang akan menjadi pilihan perwakilan dan atas dasar dan kriteria apa yang membuat mereka menang, hanya orang yang memilih dan Allah jua yang Maha Mengetahui. Dalam masa sebulan ini penulis berharap perwakilan pemuda akan mengambil kira apa yang penulis huraikan diatas.Memilih untuk menjadi PEMUDA BERANI.
UNTUK UMNO TERUS RELEVAN, KITA HARUS MEMILIH PEMIMPIN YANG MASIH RELEVAN.DENGAN FAKTOR UNTUK PEMUDA UMNO TERUS RELEVAN MAKA PILIHAN YANG TEPAT IALAH DATO`SERI DR MOHAMAD KHIR TOYO SEBAGAI KETUA PEMUDA .
Wassalam.
Monday, February 9, 2009
DAULAT TUANKU!.
Thursday, February 5, 2009
PERAK DARUL RIDWAN.
Dato` Dr. Zamry Abdul Kadir kini sudah sah sebagai Menteri Besar Perak yang baru.Terbukalah satu lagi lembaran sejarah yang baru dalam tanah air kita yang tercinta.Sebagai rakyat biasa,perasaan saya bercampur baur sekarang ini.Melihat kekecohan yang berlaku di perkarangan Masjid Ubaidiah dan membaca komen-komen blog yang pro PKR membuat hati saya bertambah yakin bahawa sesetengah dari kalangan kita tak ubah seperti orang yang kehilangan akal yang waras.
Memetik dari blog http://wearetheworld2009.blogspot/. hari ini dalam sejarah! Masjid yang senantiasa mendoakan DYMM TUANKU SULTAN PERAK jumaat hari ini langsung tidak menyebut nama tersebut.Doa yang selalu meniti dibibir tok imam yang membaca khutbah hari ini langsung tidak kedengaran...(baca seterusnya diblog tersebut).
Sukar...memang sukar untuk saya mengambarkan perasaaan saya ketika ini.
Memanglah benar bagai dikata...andai takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai,andai malu untuk mengaku kalah jangan masuk gelanggang politik.Akan tetapi perlulah bermaruah sikit Bro...dah tewas tu buat la cara tewas....jangan pulak berdemontarasi dan melaung-laungkan kata yang memburuk-burukkan dan menghina....lebih-lebih lagi institusi Raja kita.Ingat sikit siapa yang membuka gelangang dulu...walau secara peribadi saya tak sokong lompat-lompat nie tapi bila dah dicabar dan dibukakan gelanggang....anak jantan mana yang tak sahut cabaran kan.Lawan tetap lawan Bro...sekarang dah terbukti siapa jagoan dalam acara lompatan....So terima aje la Yoep....sekarang Yoep kejar la balik wakil-wakil Yoep yang lari tu...wakakaka....Kejor Yoep Kejor...wakakaka.
Pesanan saya untuk MB dan barisan Exco barunya nanti agar ingat sikit tinggi rendahnya langit yang dijunjung nie...Lihat lah betapa benar hukum Allah untuk manusia....Tiada satu pun perkara yang berlaku didunia ini tanpa keizinan Allah SWT....Waima mata kita berkelip pun adalah dengan izin NYA.Hari ini kita diangkat tinggi darjat kita disisi masyarakat...tapi sampai bila kita semua tidak akan tahu...oleh itu saya berpesan supaya kita semua jangan leka dan BERDOA serta teruskan USAHA kerana Allah akan murka andai umat NYA tidak berdoa kepadaNYA....TIDAK BERDOA KEPADA ALLAH TANDANYA KITA TAKBUR.
Akhir kalam saya mengucapkan selamat memandu CAMRY....oops, i`m sory...i`m sory.....Selamat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada Menteri Besar Dato` Dr. Zamry dan juga barisan Exco yang akan dilanti kelak.
Wassalam.
Wednesday, February 4, 2009
BN BERKUASA SEMULA DI PERAK.
Itulah politik Malaysia Boleh.Saya secara peribadi ,tidak menyokong acara melompat ini.Walaubagaimanapun andai BN berkuasa semula saya berharap mereka tidak mengulangi kesilapan yang lampau.
PESANAN SAYA KEPADA MB BARU PERAK "JERAT TAK PERNAH LUPAKAN PELANDOK".
INGAT YE YEOP PESANAN SAYA TU.
Wassalam.