Wednesday, February 18, 2009

DR KHIR DI LANDASAN YANG BETUL SEBAGAI BAKAL KP.


Menonton Hujah malam tadi membuatkan saya semakin pasti bahawa saya tidak bias dalam menilai ketiga-tiga calon.Sahabat yang mengkritik dan mengatakan ada unsur-unsur biasness dalam penulisan saya harus menjilat ludah sendiri malam tadi.Saya berikan serba sedikit ringkasan terhadap ketiga-tiga calon.
1. Dr.Khir - Mempunyai halatuju yang jelas dalam misi untuk beliau memimpin Pemuda Malaysia; 80/100 markah untuk beliau.
2. Khairy - Hujah yang baik,akan tetapi beliau hanya mengulangi dasar-dasar Pemuda Umno yang terdahulu.Tiada pembaharuan langsung; 63/100 markah untuk beliau.
3. Mukriz - Beliau sendiri kurang pasti dengan hujah-hujahnya dan agak clumsy; 50/100 markah untuk beliau.
Sebenarnya Mukriz tidak hebat, pencalonan yang tinggi yang beliau perolehi hanyalah kerana faktor bapa beliau dan agen-agen beliau yang bertaburan diseluruh negara.Jelas bapanya terpaksa berhempas-pulas untuk melonjakkan nama Mukriz bagi menyaingi Dr Khir dan Khairy.Jelas kelihatan malam tadi beliau nampak lembab,blurr dan agak clumsy.Tidak nampak kejayaan Mukriz dalam politik kerana beliau pernah tewas di Kubang Pasu bertanding KP Bahagian tanpa bantuan Tun ketika itu.Nyata Mukriz masih hidup di bawah ketiak Tun.Sebagai anak jantan,Mukriz kurang jantannya menghadapi pemilihan ini.Lihat sahaja posting terbaru Tun berkenaan Tingkat Empat yang jelas ditujukan untuk menyerang Khairy.
Khairy Jamaludin masih lagi menjadi liability didalam BN dan UMNO khasnya.Anak muda yang bertenaga dan berkebolehan,tetapi dilihat terlalu gopoh dan kegopohan beliau menjadi duri dalam daging untuk Pemuda Umno.Beliau perlu menarik hand brake beliau di dalam politik.Kadang-kala dilihat bergerak tidak seiringan dengan Pemuda Barisan Nasional.
Masa sudah membuktikan ketokohan Dr Khir dalam arena politik tanahair.Beliau bangkit dengan semangat dan iltizam sebagai pejuang tulin dalam politik.Berikanlah sokongan kita semua kepada Dr Khir kerana beliau mampu mengembalikan kegemilangan Pemuda dan seterusnya kegemilangan UMNO yang kita lihat agak kelam.Dr Khir adalah permata dalam Pemuda Umno yang kita cari selama ini.
Wassalam.

16 comments:

gotahlantun said...

SALAM,

SAYA SETUJU DENGAN ULASAN SAUDARA MENGENAI DR KHIR.
SAYA RASA INILAH PERMATA YANG KITA CARI SELAMA INI. DARI DULU LAGI SAYA MEMINATI CORAK PIMPINAN BELIAU.
ANUGERAH PENYAPU SUATU MASA DULU PUN SAYA AMAT STUJU, WALAUPUN RAMAI YANG SEBALIKNYA.
HIDUP DR KHIR !!!
MOGA BERJAYA.

awi.prt8 said...

gotahlantun,

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.Pemimpin yang berwibawa haruslah disokong untuk AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam,

Kalau dalam cerita Tiga Abdul, ada dua Abdul yang tamak haloba dan seorang Abdul yang merendah diri, sabar dan cerdik.

Melalui rancangan Hujah Tv9 malam tadi Abdul yang merendah diri, sabar dan cerdik mungkin sudah ditemui. Tetapi malangnya ramai penonton malam tadi bukan perwakilan.

T.kasih

awi.prt8 said...

amirhamzah,

InsyaAllah berkat doa dan sokongan rakan-rakan,semua itu akan sampai jua ke perwakilan.usaha haruslah diteruskan...kerana semua yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu adalah dari kita sendiri.

SHADAN HJ OTHMAN said...

salam,
saya juga amat sokong dengan penderian sdr...khir toyo bercakap konsisten melalui pengalaman beliau...pemuda berani...

azlishukri said...

sangat bernas tulisan saudara. saya amat menghormatinya.

awi.prt8 said...

shadan,

Benih yang baik, dibuang ke laut menjadi pulau.

azli,

walaupun orang cakap darah muda nie selalunya panas dan mengelegak,tetapi haruslah pandai mengawalnya.dari mudalah kita harus memupuk budaya dan sikap yang baik dalam diri.
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung.

wmu350 said...

awipt8

saya rasa semakin jelas dan hanya sedikit masa lagi akan menzahirkan segala harapan dan suara keramat akar umbi yang tidak lain tidak bukan calon yang layak dan sesuai adalah ds khir toyo...

teruskan berhujah dan memberi komen demi untuk membuka minda dan fokoran yang berserabut ditambah lagi dengan perkara2 negetif yang dihamburkan kepada ds khir toyo...wassalam

awi.prt8 said...

wmu350,

sesetengah bloggers menuduh saya bias,dan menjadikan modal selangor tewas pru12.maka dengan rendah hatinya saya terpaksa menangkis segala tohmahan tersebut dan alhamdulillah hujah tv9 mlm tadi telah membuktikan betapa benarnya sokongan yang saya berikan kpd ds khir serta memberikan gambaran yang terang,jelas dan nyata bahawa terbukti ds khir adalah permata yang kita semua cari2 untuk memperkasakan Pemuda Berani kita.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam,

Tulisan ini adalah petikan daripada blog saya.

' Tiga Abdul ' Calon Ketua Pemuda UMNO.

Program Hujah yang dikendalikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Mohammad Agus Yusof, yang disiarkan di TV9 malam tadi mengingatkan saya kepada cerita P.Ramlee ,Tiga Abdul.

Tiga Abdul mengisahkan pergolakan keluarga Ismet Ulam Raja, seorang hartawan di Isketambola. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Apabila bapa mereka meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib mula bersikap tamak dengan membolot semua harta peninggalannya. Manakala, Abdul Wahub yang benci dengan sikap tamak abangnya, memutuskan persaudaraan dengan mereka. Ramai orang tahu kisah dalam cerita ini.

Filem terakhir arahan dan lakonan P. Ramlee yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. sebelum beliau berpindah ke Merdeka Studio di Kuala Lumpur seolah-olah menyamai bilangan calon dalam pemilihan KP UMNO kali ini di mana ada tiga calon yang menawarkan diri iaitu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga Naib Ketua Pemuda UMNO sekarang,Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo.

Secara jujur saya tidak dapat membuat keputusan lagi jika saya seorang perwakilan Pemuda UMNO pada Mac nanti. Ketiga-tiga calon dalam Hujah malam tadi semuanya layak menjadi ketua. Kelayakan sudah ada, mungkin mereka bertiga berbeza dari segi idea dan wawasan, perwatakan, keberanian, kepetahan berpidato, atau menyampaikan maksud hujahnya kepada penonton.

Satu slot yang saya kurang berminat ialah apabila Khairi sering mencebek dan membuat memek muka seolah-olah memandang rendah idea dan pendapat orang lain khususnya apabila Datuk Mukhriz sedang berhujah.

Kalau adapun saya ingin memilih calon yang mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan Abdul Wahub. Walaupun dia pernah memutuskan hubungan dengan kedua-dua abangnya tetapi akhirnya beliau menebus semula maruah keluarganya dengan menghimpunkan semula kedua-dua abangnya termasuklah bapa mertuanya.

Pendek kata, kalau kita melihat watak Abd.Wahub kita mahukan seorang yang sabar, bijaksana, cerdik dan berani membawa pembaharuan. Siapakah tiga calon pemuda UMNO yang berhujah malam tadi hampir-hampir sama atau lebih baik daripada Abd.Wahub?


Amir Hamzah,
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

awi.prt8 said...

amirhamzah,

Ya, DS Khir adalah pilihan yang tepat untuk membawa pembaharuan yang kita semua dahagakan dalam Pemuda.

MAHA KAYA said...

Minggu lepas misalnya, Mukhriz member RM15 ribu kepada 5 orang anggota jenteranya di Johor diketuai oleh KP Simpang Renggam Oya. Perwakilan Melaka pula ditampar RM200 seorang. Di Kelantan, pemberian wang dikendalikan oleh bekas NKP Kuala Pilah Nafiz yang tinggal di Kota Bharu untuk tempoh berkempen ini, dan orang luar ini dibantu perwakilan Rantau Panjang Wan Nasir dan Sazmi Miah KP Machang yang tidak diterima di Bahagiannya sendiri.

MAHA KAYA said...

GOTAH LANTUN KAU LALANG!!!!!

awi.prt8 said...

maha kaya,

Saya menghormati pendirian gotahlantun dan lagipun dia dah insaf lalu memberikan sokongan pada ds khir.Tentang Mukriz,biarlah perwakilan yang memberikan penilaian dan siapa makan cili pasti akan terasa pedasnya.

Anonymous said...

Salam... saya baru menonton.. rancangan hujah ulangan dilaman blog Dr. Khir

Saya ingin mengulas tentang pendapat saudara yang cakap dr. khir tu dapt 80%...

Saya tak setuju langsung.... Sbb bile saya tngok dan hayati dan fahami... aper yang dr. khir ckp kbnyakan... hampir tidak berisi...

Dri segi cara berhujah dan mampu mengeluarkan isi terbaik ... saya berpendapat KJ... Mukhriz is 2nd... & 3rd Dr. Khir...

Hujah Dr. Khir seperti xder homework langsung ... main hentam je cakap... Cuma kematangan cara die berkomunikasi mmbuatkan die agak yakin dgn jawapannya....

Sya tak nak ulas pjg2... Hope You all dapat tengok blik aper yang dier org buat....

awi.prt8 said...

anon 11:49

saya menghormati pendapat saudara walaupun saudara mengatakan hujah ds khir kosong dan tak buat homework, namun begitu saudara tetap memberikan kredit untuk kematangan ds khir berhujah.Tetapi meletakkan kj didepan mukriz dan ds khir membuatkan saya tertanya2 yang saudara ini semestinya pro kj...tak gitu???kalau benar begitu saya rasa saudara buat homework yang salah.