Saturday, February 21, 2009

MENTAL BLOCK ?







Perjuangan Gerakan Memansuhkan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI - GMP) kini memasuki fasa ke3 dan lebih kritikal apabila pagi ini jawatankuasa GMP yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Dr Hasan Ahmad telah melangkah masuk ke lobi Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli Parlimen bagi mendesak PPSMI di mansuhkan.




Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah,Ketua Pemuda Pas, Sallahudin Ayub adalah antara ahli Parlimen yang di serahkan memorandum tersebut yang mengandungi 12 mukasurat yang merupakan sinopsis isu PPSMI.





Kemuncak penyerahan memorandum itu pada sebelah pagi tadi ialah kepada Menteri Pelajaran, Hishamudin Hussein, yang tiba-tiba meminta agar Jawatankuasa GMP berjumpa beliau.Hishamudin menerusi seorang pegawainya meminta Dr.Hassan menemuinya dan memorandum tersebut berjaya diserahkan sebaik sahaja Hishamudin keluar dari dewan.Sambil menerima memorandum itu Hishamudin dalam gelak tawa besar sambil memberi semangat agar ianya diteruskan.





Kata-kata Hishamudin itu mempunyai konotasi, seolah-olah beliau memperli usaha-usaha GMP berkenaan dan tidak mahu melayan dengan sewajarnya.Sebelum ini GMP pernah beberapa kali ingin menemui beliau tetapi tidak dilayani.





Apa yang diharapkan oleh pihak GMP kepada Menteri itu semasa penyerahan tersebut benar-benar mengecewakan ahli GMP dan pendokong bahasa yang lain sehingga seorang ahli GMP mengatakan anak bangsawan tidak layak menjadi Menteri Pelajaran.!





Antara tokoh bahasa yang mengiringi Dr Hassan ialah Sasterawan Negara A Samad Said, Timbalan Pengerusi GMP, Prof Sharil Md Zain, Prof Hassan Abdullah, penulis dan pelopor pemikiran literel, Ainon Mohd, Setiausaha Peguambela Muslim, Radzi Mustafa , Hasni Abas dan lain-lain.Baca seterusnya [sini]....{parlimen 3.00pm 17/02/09}

Inilah isu-isu yang menjadikan kerajaan sebagai bahan kritikan dan yang menjadi masalah besar sekarang ini adalah pihak pembangkang kelihatan menjuarainya. Amat menyedihkan apabila pemimpin dari UMNO kelihatan terlalu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan amat sukar menerima hakikat bahawa PPSMI telah gagal mencapai matlamat.Tengku Razaliegh berkata tindakan kerajaan amat perlahan dalam menangani isu ini dan beliau hairan ianya masih belum selesai hingga ke hari ini.

Hishamudin pula masih dengan sikap angkuh tak bertempatnya dengan mengulang-ulang kenyataan "kenapa selepas 6 Tahun baru nak bantah, kenapa baru sekarang"...hello Pak Menteri...pernah tak dengar BETTER LATE THAN NEVER.(it is better to do something late than to not do it at all).. maaf saya sengaja guna BI, sebab takut Bapak Menteri kita tu tak tahu BM.

Ini sudah posting ke 2 saya berkenaan PPSMI, kenapa agaknya susah sangat untuk memenuhi kehendak majoriti? Kenapa hanya masih mahu mengaburi kagagalan yang besar selama 6 tahun ini dengan kejayaan yang segelintir? "Ditelan mati emak, diluah mati bapak", itu kata seorang Prof berkenaan PPSMI kerana beratus juta sudah berhabisan untuk PPSMI dan beratus juta juga akan habis jika membatalkannya.Aduh....kenapa soal wang ringgit sahaja menjadi ukuran???Tidakkah isu yang paling besar ialah pencapaian anak-anak kecil kita dalam pelajaran itu sendiri? Pemahaman anak-anak kecil yang terjejas ekoran pemahaman Bahasa Inggeris yang lemah?Perbezaan ketara anak-anak luar bandar kerana faktor prasarana dan latar belakang keluarga?

Bukan mudah untuk sesiapa jua mengaku kegagalan diri, akan tetapi kita seharusnya melihat isu PPSMI ini dalam konteks yang lebih besar dan lebih luas untuk generasi akan datang.Seharusnya peluang setiap anak-anak kecil kita mendapat pendidikan yang sempurna tidak terabai kerana untuk mereka mampu menyelesaikan sesuatu tugasan yang di beri itu, perkara pertama yang harus ditekankan ialah mereka mestilah MEMAHAMI soalan tersebut.Memahami dengan mudah, sudah tentulah dengan menggunakan Bahasa Ibunda.Mendapat pendidikan yang sempurna tidaklah berkait rapat atau semata-mata bergantung kepada bahasa yang digunakan, ianya lebih kepada keupayaan anak-anak kecil kita memahami mata pelajaran yang di ajarkan. Saya tidak ingin menyentuh Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi ,itu sudah termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

LUAHAN SAYA HANYA UNTUK MELAHIRKAN SIMPATI KEPADA ANAK-ANAK KECIL YANG TERCICIR, TERKIAL-KIAL DAN MEROSOT DALAM PENCAPAIAN PELAJARAN MEREKA KERANA GAGAL MEMAHAMI BAHASA INGGERIS. KASIHAN ANAK-ANAK INI KERANA TIDAK CUKUP GLOBAL (world - kata mawi ).

p/s...posting penulis yang pertama berkenaan PPSMI boleh dibaca di bawah tajuk ' DI KEJAR TAK DAPAT, YANG DI KENDONG TERLEPAS '.

WASSALAM.

12 comments:

red rooster said...

Salam bro,
Posting yang bagus. Teruskan perjuangan sdra dalam isu PPMSI ini.

Anonymous said...

bro...

kao link kan blog kao ngan blok aku

tq awin

http://mohdbadrulezan.blogspot.com

Anonymous said...

Yes,saya sokong penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar kat sekolah now a day, ini kerana banyak kawan-kawan saya yang telah drop diarang pengajian kat OUM kerana masalah bahasa ini [orang putih].
Pak Menteri telah memekak telinga sekian lama perihal pemasalahan ini.Jepun,Jerman and china mana ada menggunakan bahasa ini.Anak2 dihantar belajar kat Russian sedangkan mereka diajar bahasa english,,,peningggggggg.[iz]

awi.prt8 said...

red rooster,

saya memperjuangkan demi anak bangsa yang pembelajaran mereka terpinggir, merosot atau gagal dek kerana pemimpin kita yang gagal memahami keperluan rakyat marhaen.apakah gunanya kejayaan yang segelintir dan golongan elite sahaja sedangkan majoriti pelajar masih terkial-kial dan semakin jauh jurang pencapaian sesama mereka???

awi.prt8 said...

m.b.e,

blog anda sudah di link.terima kasih kerana menyokong blog aku.

awi.prt8 said...

saudara anon[iz],

banyak dasar-dasar kerajaan yang lain juga di luluskan tanpa kajian yang telus dan teliti atau tanpa menjenguk ke lapisan yang paling bawah.bukan semua tak baik,yang baik saya sokong sepenuhnya,akan tetapi apabila hanya yang JERNIH di permukaan di tonjolkan dan di war-warkan sebagai yg terbaik sedangkan didasarnya masih berkelodak dan masih belum ada tanda untuk proses penjernihan disemua peringkat dan lapisan.Tolonglah....agar membuka mata luas-luas dan lihat kepada kebenaran...walaupun pahit untuk menerima....bukan untuk diri sendiri tetapi fikirlah untuk semua anak bangsa malaysia.

Admin said...

Salam ziarah dan selamat berjuang!!

Anonymous said...

Teruskan usaha yang baik demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Lihat negara maju yg lain seperti Jepun, Korea dll. Mereka menggunakan bahasa ibunda dan boleh bersaing jauh lebih baik di seantero dunia bahkan mengatasi Barat..

"Bahasa melambangkan bangsa"

Zolkharnain Abidin said...

Assalamualaikum wr wbth,
Blog ini telah dilinkan dengan blog http://bongkarsauh.blogspot.com/

awi.prt8 said...

desperado,mradzillah,zolkharnain dan sahabat bloggers,

terima kasih atas sokongan anda semua...ini adalah untuk masa hadapan bangsa Malaysia kita yang tercinta.

USD said...

Salam, selamat bkenalan & sama2 bjuang...Insya Allah.

awi.prt8 said...

Insya Allah ustazSAID.yang baik itu datangnya dari Allah swt.