SALAM HORMAT,
Lihat pada tajuk , pasti semua orang tahu apa ayat sambungannya. Penulis adalah perokok kategori tegar , sebelum berhenti secara rasminya pada pertengahan bulan syawal 1429 yang lalu. Penulis gunakan bulan Syawal kerana lebih mudah untuk diingati dan ingin meyedarkan kepada diri penulis sendiri , bahawa penulis bermula dari bulan Ramadan untuk berhenti merokok. Setelah merokok selama lebih kurang 24tahun ( bermula dari tahun 1984 ), tak dapat penulis mengambarkan perasaan penulis sekarang ini kerana berjaya berhenti dan doakan penulis supaya dapat bertahan dengan keputusan yang amat baik ini.
Sebenarnya bagi seorang perokok (HAMPIR SEMUANYA LAH) ingin berhenti merokok kerana tahu mudarat yang dibawa oleh asap rokok ini . Akan tetapi atas sebab -sebab yang tersendiri , berhenti merokok akan menyebabkan atau menjadikan perokok ini menjadi stress ( ayat skema seorang perokok ). Walaubagaimanapun , dari pengalaman penulis , untuk berhenti merokok dengan berkesan bolehlah bermula pada bulan Ramadan (bulan-bulan yang lain pun boleh je..) kerana sudah pasti di siang hari tak boleh merokok. Ini di ikuti dengan sembahyang terawih pada malamnya ( jangan pulak ikut kawan -kawan lepak kat beranda masjid , pasti depa huloq rokok ).
Memang agak susah pada awalnya untuk berperang dengan nafsu sendiri . Tapi kalau ada sesiapa yang boleh berikan satu kebaikan (cuma satu ya...tak perlu banyak sangat memang tak ada pun ) yang boleh di manafaatkan dengan merokok, sila email penulis atau komen di bawah , maka hari ini juga penulis akan merokok semula.Selamat berhenti merokok untuk kawan-kawan semua..InsyaAllah anda pasti berjaya.Amin.
P/S....Kepada semua perokok...
TEPUK DADA , TANYA PARU-PARU DAN JANTUNG.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment