Friday, March 27, 2009

PANDANG KE BELAKANG " JERITAN TANGISAN SYAITAN ".

DATO` SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK.
PRESIDEN UMNO MALAYSIA .
BORN : 23 JULY 1953 , KUALA LIPIS PAHANG.





TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN.
TIMBALAN PRESIDEN UMNO MALAYSIA .
BORN : 1947 , MUAR JOHOR.


KEPUTUSAN PENUH BOLEH ANDA LAWATI BLOG SAHABAT SAYA , SAUDARA AMIRHAMZAH (klikdisini ).
Okay now , segalanya sudah tersurat , pastinya akan ada yang cuba merungkai apa pula yang tersirat . Bagi saya secara peribadi , semua orang bermula dengan nawaitu dari dalam hati masing-masing. Kerana itu suka saya memetik hadith Rasulullah s.a.w tentang hati yang bermaksud ;
"Perhatikan ! Sesungguhnya di dalam badan seseorang ada seketul daging ,
apabila ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan apabila ia rosak
maka akan rosaklah sekalian anggota badan.Ketahuilah , itulah yang
dikatakan hati ".
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )
Hadith Rasulullah s.a.w ini menjelaskan bahawa fungsi hati secara maknawi berkemungkinan untuk menjadi baik dan buruk. Justeru manusia melalui pertimbangan akalnya harus berusaha menjuruskan hatinya ke arah kebaikan , sebab jika hati jika tidak dikawal akan menjadi keras seperti batu . Al Quran menggambarkan bahawa hati yang keras dan busuk hati itu lebih keras dari batu , iaitu merujuk kepada hati bangsa Yahudi .
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya ;
"Kemudian sesudah itu HATI kamu menjadi keras juga seperti batu
bahkan lebih keras lagi."
Disamping hati yang bersih , lembut , baik dan sebagainya tanda kemuliaan kepada seseorang itu , hendaklah HATI itu berfungsi dengan "IKHLAS".
Jika untuk kembali ke jalan yang lurus dari dalam kesesatan.
Perhatikan petunjuk arah "INSAF ":
PANDANG KE ATAS " BERTAUBAT '
PANDANG KE BAWAH " HAMBA "
PANDANG KE KANAN " BERAMAL "
PANDANG KE KIRI " IKHLAS "
PANDANG KE BELAKANG " JERITAN TANGISAN SYAITAN "
(MOKJAKA )
WASSALAM.

7 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

menarik tajuk ni.

awi.prt8 said...

azli,

saya sekadar 'berpesan-pesan dengan kebenaran'.

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Tahniah kepada semua yang menang bertanding. Kepada yang kalah, anda belum gagal sepenuhnya dan jangan jemu meneruskan perjuangan.

"MEMPERKASA GENERASI BARU"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Kita perlu kepada anak anak muda yang berwawasan, berintegriti dan bukan anak-anak muda yang panas baran tak tentu pasal dan ungkapan maki hamun seperti jadi perkara biasa.

Hancurlah Bangsa Melayu jika ramai anak-anak muda kita hanya mahu lihat kepada kemusnahan sahaja. Tidak mahu dan boleh berfikiran panjang dan suka mendengar dan memanjangkan fitnah sesama kita.


Semoga Allah swt akan terus Selamatkan Negara, Bangsa dan Agama kita.

awi.prt8 said...

waalaikumsalam ibu,

Hari ini kita lihat terlalu banyak berlaku perpecahan sesama kita .Terlalu banyak sebab yang boleh kita huraikan..antara yang utama pada pandangan saya ialah sikap EGO DAN HANYA MEMENTINGKAN KUASA TANPA MEMPEDULIKAN GOLONGAN MARHAEN YANG KURANG MAMPU DAN TERTINDAS . Cuma ini yang mampu saya lakukan ibu , merintih di dalam blog...dengan harapan ada hati yang terbuka untuk sekurang-kurangnya membaca.

hassan nasrallah said...

Video ini akan membuka mata anda kepada kebenaran. Ia akan menceritakan tentang identiti Israel, President Bush, Madonna, Paris Hilton, Christina Aguilera dan juga RIHANNA! Ia juga akan memberitahu perkara sebenar kenapa kita kena boikot MCD, Starbuks, dan lain2. Pada awal, ia mungkin akan rasa boring, tapi makin lama, makin menarik. So, tolong lah tengok and sebarkan kepada rakan anda yang lain! Ia ada dalam 51 episod. Anda tidak perlu tengok kesemuanya, tapi lebih baik jika anda tengok kesemuanya.

http://www.youtube.com/watch?v=YaqybvymYIE&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=uJF9fd0oJic

http://www.youtube.com/watch?v=bRQ6My0Rpr8&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=daxnUMUnolc&feature=related

zedmagel said...

Nasi lemak bungkus,

Tahniah kepada yang menang, yang kalah juga tahniah kerana mencuba. Bukan semua yang berani mencuba. Hanya Pemuda Berani Selangor sahaja dan individu tertentu.

Perwakilan sudah menterjemahkan kehendak mereka.Ayuh eratkan saf dan belayarlah ke samudera yang jauh dan masih luas itu untuk kita terokai bersama dalam satu nada Melayu dan UMNO.