Tuesday, March 24, 2009

PROGRAM KEPIMPINAN DAN PERMUAFAKATAN.

SALAM HORMAT,



Disini dapat dimuatkan sebahagian rakaman peristiwa yang berlaku ketika PROGRAM KEPIMPINAN & PERMUAFAKATAN ANJURAN BELIA 4B KAMPUNG PARIT LAPAN SUNGAI LEMAN 45400 SEKINCHAN SELANGOR , yang berlangsung pada 21hb dan 22hb march 2009 bertempat di Impian Country Resort Hulu Langat , Selangor.

Dua gambar di atas menunjukkan Ustaz Rosli Bin Abdul Rahman sedang menyampaikan tazkirah kepada peserta program . Dua segment dari Ustaz Rosli iaitu selepas solat maghrib dan selepas solat subuh amat pantas berlalu.Banyak lagi yang kami perlu pelajari dari orang macam Ustaz nie...Beliau amat merendah diri dan amat bersabar memberikan penerangan kepada kami insan yang jahil tentang ilmu agama. Terima kasih Ustaz dan kami berharap program sebegini dapat di teruskan sekerap yang mungkin bila pulang ke kampung nanti.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al`Ashr yang bermaksud :
Demi Masa ; Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian ; Kecuali Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh dan Mereka Pula Berpesan-Pesan Dengan Kebenaran dan Berpesan-Pesan Dengan Sabar .


Penulis bersama Cowboy `cipet clipping semangat` dan Saudara Osman Ahmad.




Pakar motivasi yang sanggup mencurahkan ilmu dan semangat terutama ciri-ciri pemidato unggul sesuai dengan label beliau sebagai bekas jaguh pidato peringkat Asia. Dato` Dr Syed Ahmad Syed Samsudin Al-Saggof memang seorang yang humble dan down to earth.Pantun beliau yang menjadi tag-line motivasi pagi itu ;




orang tua jalan bertongkat,


rimba jauh nampak dekat,


kalau kita sudah sepakat,


harimau di hutan dapat di ikat.




TQ Dato`.




Ini muka-muka yang dalam gambar kat atas masa belum kena jungle trekking lagi.Lepas kene dera panjat bukit ,compom tak boleh nak sengih dah...wakakaka.





Beliawanis dan mak beliawanis semasa mula-mula sampai di Resort...make-up maintain lagi tu.






Ini Os aku nampak dia masa sebelum panjat dan masa berkubang lepas turun bukit...aku tak berapa nak ingat samada dia ada lepas check point yang aku jaga masa kat atas bukit...aku confuse la Os...ada posibility dia buat short cut sendiri macam merentas desa sekolah dulu.







Cabaran yang menyebabkan sesetengah peserta tercungap-cungap dan pendek nafas.








" Peace".. ye dik non....yang mana satu yang kene papah turun bukit sebab kekurangan oksigen???




Yang kat atas ni aku faham dua jer...1) belum sempat mandi masa nak bertolak tadi atau..


2) Biasanya berkubang di bandang jer..ini baru nak cium bau sungai....wakakaka.





Yang berdiri seluk poket pegang guli tu Amat(Jodet)...tak tau samaada semua orang faham strategi yang Acim cakap tu(Acim nie Towkey tau )...sebab dia sendiri tak turun malam tu , sebab tu dia pakai kain pelikat jer...





Os tu marah suruh diam sebab kita semua nak masuk hutan bukan nak tengok MU lawan Fulham..ehhh sori Os aku lupa malam tu MU tewas lagi..yea!..Yea!..




Paling kiri sekali Ucop yang belum lagi keciciran handphone(N96 tu beb..mesti dah dapat kat monyet dlm hutan tu) selepas kena bihau dengan Pak wan . tapi aku rasa talipon Atan yang bunyi lagu ronggeng masa taklimat tu.





Ini aku tak paham...apapasal Nizam ni nak cucuk mata aku pulak...nasib baik aku pakai cermin mata.




Peserta yang pancit masa night walk...Mat piah dah pesan jangan siarkan gambar nie....tapi atas permintaan ramai terpaksa la..i`m sorryy mat piah...



Yang si Yo-Yo ni pun satu...orang kipaskan Mat Piah untuk angin segar...yang dia pulak melepaskan angin dia...nie yang aku angin satu badan nie...sampai berkerut hidung Mat Piah.




Ustaz Rosli Bin Abdul Rahman tengah bagi tazkirah tapi yang depa sibuk nak berposing.




Hasnizam Adham , Orang kuat yang menjayakan program ini...Seorang businessman yang berjaya tetapi beliau tidak lupa pada kawan-kawan di kampung...kategori satu dalam sejuta dia nie.




Pemuda harapan bangsa , Pemudi tiang negara.



Melentur buluh biar dari rebung..dari anak kecil macam nie lah kita patut didik.




anak kecil main api ,
terbakar hatinya yang sepi ,
air mata darah bercampur keringat ,
bumi di pijak milik orang.

nenek moyang kaya raya ,
tergadai seluruh harta benda ,
akibat sengketa diantara kita ,
cinta lenyap di arus zaman .
indahnya bumi kita,
warisan berkurun lamanya,
hasil mengalir ketangan yang lain,
kitakan merintih sendiri,
jangan buang waktu lagi,
majulah raih semua mimpi,
hapuskan sengketa teruskan usaha,
kitakan gagah di nusantara.


Lagu semangat ini harus dihayati oleh semua peringkat hinggalah kepada pemimpin yang tertinggi baik UMNO , PAS dan PKR .



Saudara Hasnizam menyampaikan sepatah dua kata...Terima kasih kepada jemputan kehormat yang sudi menghadirkan diri.





Ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Noriah Binti hj Kasnon , Timbalan Menteri Pembangunan Wanita ,Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar.


Turut hadir Pengerusi Belia 4B Sg. Besar Saudara Fatul Hanif Bin Hj Saleh , Naib Ketua Umno Bahagian Sg. Besar Tuan Mardi Bin Sukir , KP UMNO Bahagian Sg. Besar Saudara Budiman dan Dato` Dr Syed sebagai pakar motivasi . Terima Kasih kepada semua diatas sumbangan masa anda dan juga sumbangan anda untuk majlis kami. YB Noriah juga menyampaikan salam Dato` Seri Dr Mohamad Khir yang kita semua maklum amat sibuk , maklumlah beliau akan Dengan Izin Allah S.W.T akan memimpin Pemuda Umno Malaysia selepas beberapa hari ini...AMIN.




ALHAMDULILLAH PROGRAM YANG DI RANCANG BERBULAN - BULAN TELAH MENCAPAI MATLAMAT YANG DI HARAPKAN . SAUDARA HASNIZAM DENGAN BANTUAN RAKAN - RAKAN BELIAU TELAH MELAKSANAKAN DENGAN JAYANYA .






TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG . SAYA BAGI PIHAK SAUDARA HASNIZAM MEMOHON MAAF ANDAI ADA PERBUATAN DAN KATA-KATA YANG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK....KERANA SEMUA YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK ITU DARI KAMI SENDIRI.





AND LAST BUT NOT LEAST....INILAH DIA PEMIMPIN PEMUDA YANG KITA CARI - CARI SELAMA INI . DENGAN AURA DAN CIRI - CIRI SEBAGAI PEMIMPIN YANG TELAH TERBUKTI DI KAWASAN BELIAU KHASNYA DAN JUGA NEGERI SELANGOR , KINI BELIAU AKAN MELANGKAH DENGAN GAGAH UNTUK MEMIMPIN PEMUDA UMNO DI PERINGKAT NASIONAL . SAYA MENYERU KEPADA SEMUA PERWAKILAN YANG AKAN BERSIDANG DAN MEMILIH PEMIMPIN TERTINGGI UNTUK PEMUDA UMNO AGAR MERENUNG DAN BERMUHASABAH DIRI DALAM MENILIAI KUALITI DAN CIR-CIRI YANG ADA PADA DATO` SERI DR KHIR.








SAYA DAN SEMUA TEMAN - TEMAN MENDOAKAN AGAR DI BERIKAN KEKUATAN DAN KESABARAN TERHADAP INSAN YANG BERNAMA DATO` SERI DR MOHAMAD KHIR TOYO UNTUK MENDAPAT KEMENANGAN DAN SETERUSNYA MEMIMPIN PEMUDA UMNO MALAYSIA . INSYAALLAH . AMIN.








WASSALAM.



































8 comments:

pemudalangat said...

LA..bro pasal tak bagi tau awak pegi Langat...saya ada malam tu mesyuarat dengan YB saya..Ismail Sani..

awi.prt8 said...

pemudalangat,

insyaAllah kita akan bertemu di lain hari. jadual kami amat padat sebenarnya...walaubagaimanapun saya merakamkan jutaan terima kasih kepada warga Langat dan berharap penduduk Hulu Langat khasnya dapat mengekalkan keindahan alam semulajadi di sana.ia adalah anugerah Allah s.w.t yang tak ternilai harganya.

zankandis said...

memang bertuah dapat pemimpin yg bergiat cergas menaung minda belia ke arah keimanan dan semangat kemasyarakatan..muda mudi kena ingatlah, jgn asyik nak melepak, merempit dan buat maksiat je. jadi kena lah ada pemimpin yg sedar dan aktif akan masalah sekarang ni. bukan pilih pemimpin yg sering salahguna kuasa. semoga negara kita sentiasa aman dan tak ada kacau bilau..

awi.prt8 said...

zankandis,

DS Khir amat prihatin dengan golongan remaja ini,kerana itulah beliau selalu memberikan sokongan terhadap segala aktiviti belia yang menuju kearah yang positif.DS Khir adalah YANG TERBAIK DIKALANGAN YANG TERBAIK.

wmu350 said...

terima kasih kepada saudara awi yang sudi memaparkan aktiviti belia ini dalam blog beliau,

saya sebagai penggerak dalam program ini sebenarnya ingin memberi ruang dan peluang kepada sahabat dikampung untuk mendedahkan mereka dengan dunia yang semakin mencabar hari ini.

dari pengamatan saya selama ini:
1)golongan muda ini tidak dibantu oleh sahabat yang telah berjaya dibandar untuk bersama2 belia dikampung menggerak agenda yang dirancang...

semua orang boleh melakukan apa yang saya lakukan bukanlah saya satu sahaja dalam sejuta...sebenarnya sejuta belia pun boleh melakukan jika mereka benar2 mempunyai jati diri yang tinggi dan tahu halatuju sebenar dalam berpersatuan...apa yang berlaku kebanyakkan telah tergelincir sehingga terpaksa menjadikan sesuatu pertubuhan sosial sebagai tempat mencari makan..ini menyebabkan ahli muak dan tidak tertarik untuk menyertai apa2 aktiviti yang dilakukan oleh pemimpin tersebut.

alhamdulillah...saya setakat hari ini masih mampu membezakan dimana tempat untuk saya cari makan dan dimana tempat untuk saya bersosial demi manyarakat.doakan saya supaya terus tahu membezakan 2 perkara ini dan dengan syarat golongan belia dan masyarakat juga harus bersedia menerima perubahan ini...agar menerima perubahan seadanya dan jangan keterlaluan harapan sehingga memberi tekanan yang tidak mampu digalas oleh pemimpin..untuk makluman saya selama ini masih mampu dan gembira dengan masyarakat sekeliling saya terutamanya jawatan kuasa yang selama ini setia berganding bahu dalam segala agenda yang dilakukan....itulah kelebihan belia kita.

bukan hanya mereka dikampung tetapi semua lapisan golongan muda hari ini harus bersikap rasional,rialistik,bertolak ansur dan sentiasa mengamalkan sikap mengutamakan perpaduan demi menjaga maruah kita golongan muda hari ini.....jangan dicari kesempurnaan pada saya....saya tidak sempurna oleh sebab itu saya hanya bersedia bersama2 sahabat dikampung.....

oleh sebab itu saya terpanggil untuk bersama2 membantu untuk membentuk imej yang baik pada belia kita...dan jika nak di ikutkan memanglah saya telah didedahkan dalam dunia perniagaan di bandar dan sudah semestinya sebagai orang yang berniaga setiap masa akan dinilai dengan wang ringgit jika masa itu tidak mendatangkan pulangan sudah semestinya saya tidak akan menjerumuskan diri saya dalam apa2 aktiviti yang tidak berfaedah...

tetapi dalam hal ini saya tidak mahu bercakap pasal wang kerana kejayaan pada seseorang bukan boleh dinilai dengan wang ringgit sahaja...tetapi selain wang..saya mencari...

1)kemasyarakatan dan sosial
2)kesihatan
3)keluarga
4)kerohanian
5)tanggungjawap pada anak bangsa

kerana maruah anak bangsa jangan dihina dan apa yang berlaku hari ini juga adalah berpunca dari kita yang semakin alpa dan hakikatnya berapa ramai golongan cerdik pandai dibandar sanggup turun kekampung halaman mereka dan menjadi pemimpin dan sanggup pula berkorban masa dan tenaga untuk membentuk permuafakatan ini.....

inilah yang sukar dikatakan dengan kata2 .....saudara awi pun sedia maklum bukan senang untuk menggerakkan tetapi jika kita dah ada kita harus jaga dan sebaik mungkin kita cubalah untuk tidak menyakiti hati pemimpin yang baik sepereti DS MOHAMAD KHIR BIN TOYO....saya adalah salah seorang dari berjuta yang percaya dan sanggup meletakkan ds khir pada tempatnya yang berhak....semoga beliau berjaya dalam kerjaya yang beliau pilih ini....wassalam

Anonymous said...

program permuafakatan seperti ini sememangnya layak dilaksanakan dan sangat bagus kepada golongan belia untuk membentuk suatu sifat kepimpinan dan permuafakatan supaya golongan belia merasakan diri mereka selayaknya dihargai dan secara tidak langsung akan melahirkan pelapis pelapis yang akan memperjuangkan dan menerajui warisan pimpinan dan permuafakatan.

Semangat dan tanggungjawab untuk melentur dan mendidik golongan belia seperti inilah harus dijadikan contoh oleh masyarakat sebagai suatu perancangan jangka panjang dalam membentuk permuafakan kita sesaudara.

awi.prt8 said...

Anon 11:10 dan wmu350,

Saya melihat ada jurang yang memisahkan di antara beberapa golongan di dalam masyarakat kita hari ini . Saya berikan contoh yang paling mudah dan berlaku di depan mata kita semua ; Berlaku di hampir kesemua Masjid dan surau yang saya pernah pergi di seluruh malaysia dimana golongan kanak-kanak dimarahi dan dihalau keluar dari dalam masjid kerana membuat bising . Mengapa kita sebagai orang yang lebih dewasa tidak menangani isu ini secara matang dengan tidak menjauhkan anak-anak ini dari Masjid?Apakah sesuatu yang lebih baik sekiranya anak-anak ini membuat bising di simpang jalan?Dimanakah matlamat kita untuk melentur buluh biar dari rebung?...dan berbagai lagi persoalan yang boleh ditimbulkan...TETAPI POINT YANG LEBIH BESAR SAYA INGIN LONTARKAN DISINI IALAH PROSES PENGASINGAN INI BERMULA DENGAN HAL-HAL YANG KECIL SEBEGINI DAN SETERUSNYA AKAN MENJARAKKAN HUBUNGAN DIDALAM MASYARAKAT...anak-anak ini adalah amanah kita didunia , jadi mengapakah harus kita pisahkan mereka dari akhirat yang kita semua sama-sama cari ketika beribadah dimasjid.
Allah s.w.t berfirman;
maksudnya : "kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan " ( Surah Ali 'Imran :185).

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇