Tuesday, March 10, 2009

PPSMI... OH!!.... PPSMI

SALAM HORMAT,

Inilah padahnya apabila segalanya dipolitikkan.Kita sebenarnya harus berpijak dibumi yang nyata. Wahai Menteri Pelajaran,bukalah minda anda,jangan hanya melihat kepada segelintir yang berjaya.Lihat dan renungkan apa akan jadi kepada sebahagian besar yang gagal.

Kenyataan Hishamudin yang terbaru berhubung keputusan UPSR tidak menunjukkan PPMSI gagal.Maka terbukti tiada niatpun dihati Menteri pelajaran itu untuk memansuhkan PPMSI.Berlainan pula nada ahli politik UMNO apabila berhadapan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu papan tanda jalan yang berbilang bahasa di negeri itu.Kenapa mereka bersikap double standard,memperjuangkan Bahasa Melayu hanya apabila kerajaan pembangkang tidak melaksanakannya.Sedangkan dipihak Kerajaan Barisan Nasional sendiri tidak mempedulikan Perlembagaan Negara yang telah termaktub bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Ilmu dan Bahasa Kebangsaan.

Di pihak saya pula melihat dari segi jurang perbezaan yang ketara antara pelajar di bandar dan luar bandar,ianya haruslah membuka mata Menteri Pelajaran kita.Alangkah mudahnya guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka.Bukankah ianya akan lebih berkesan dan mudah difahami.?Tanyalah kepada SRJK(C), BAHASA Apakah yang guru mereka gunakan dalam mengajar mata pelajaran tersebut.?Sudah pastinya bahasa ibunda mereka.Tidakpun saya melihat pelajar atau bangsa mereka mundur.

Pertanyaan saya,mengapakah anak-anak melayu kita dipaksa dengan PPMSI.?Andai rasionalnya adalah agar anak-anak melayu kita menguasai Bahasa Inggeris,pastinya ada mekanisma lain yang lebih berkesan.Kerana pada pandangan saya,mengapa tidak di tambah-baik pengajaran dan pembelajaran BAHASA INGGERIS itu sendiri tanpa perlu mengorbankan mata pelajaran yang lain.Sedangkan sebahagian guru-guru yang mengajar SAINS dan MATEMATIK itu sendiri tidak berapa mahir dalam Bahasa Inggeris,bagaimana mungkin mereka ini dapat memberi kefahaman yang jelas kepada anak murid.

Cukuplah dengan ujikaji yang telah dilakukan selama 6 tahun kebelakangan ini.Ternyata pihak yang berwajib dalam menangani isu ini berbuat silap yang amat besar andai mereka hanya menjadikan kejayaan yang segelintir sebagai kayu ukur untuk kejayaan PPMSI.Insaflah anda semua telah memundurkan dengan lebih buruk lagi sebahagian besar anak-anak melayu kita.Tidak semestinya kita tidak boleh menjadi maju andai belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris memang tidak dapat dinafikan ialah Bahasa Antarabangsa.Mempelajari dan menguasainya haruslah seiring dengan pelajaran yang lain.Janganlah kerana anak-anak melayu kita gagal menguasai Bahasa Inggeris dengan baik maka mata pelajaran Sains dan Matematik juga mereka ketinggalan gara-gara PPMSI.

Alangkah baiknya jika mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri diberikan nafas baru agar dapat dikuasai dengan baik tanpa mengorbankan yang lain.JANGANLAH SAMPAI YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG PULA AKAN BERCICIRAN.


p/s....POSTING INI PENULIS TERBITKAN KEMBALI KERANA ISU INI MASIH BELUM DI TANGANI DENGAN BAIK . SEKARANG PENULIS KEMBALI RISAU KERANA KELEWATAN KERAJAAN MEMBERIKAN PENJELASAN DALAM MENANGANI ISU INI MENYEBABKAN PIHAK PEMBANGKANG MENGAMBIL KESEMPATAN DAN MENDAPAT POLITICAL MILAGE . PENULIS MELIHAT ISU INI UMPAMA API DALAM SEKAM DAN KEGAGALAN KERAJAAN MENGHIDU BETAPA BESARNYA IMPAK YANG BAKAL DI TERIMA APABILA PIHAK PEMBANGKANG BERJAYA MENGEKPLOITASI ISU INI KE TAHAP MAKSIMUM .


MEMANG PENULIS AKUI AMAT SUKAR UNTUK MENANGANI ISU INI . SEMEMANGNYA ADA PRO DAN ADA KONTRA . AKAN TETAPI PASTINYA BUKAN SESUATU YANG MUSTAHIL BAHAWA AKAN ADA JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK DALAM MENANGANINYA . APA YANG DIKESALKAN IALAH KEMENTERIAN YANG BERTANGGUNGJAWAB SEPERTI MEMBIARKAN DAN MERELAKAN ISU INI BERLARUTAN TANPA KESUDAHAN .


SEBAGAI SEORANG AHLI POLITIK , MENTERI YANG BERTANGGUNG JAWAB HARUS SENTIASA MEMBERIKAN INPUT ATAU PERKEMBANGAN ISU PPSMI INI DARI MASA KE SEMASA . JANGAN CUMA MEMANGGIL SIDANG MEDIA APABILA ISU INI SUDAH MELETUP DI JALANAN . DAN YANG PALING DI KESALKAN APABILA MEMBUAT KENYATAAN SEOLAH - OLAH BANTAHAN ITU SEDIKIT PUN TIDAK MENJADI KUDIS KEPADANYA KERANA IANYA CUMA DI HADIRI OLEH PEMIMPIN PEMBANGKANG .O.M.G (oh my god )... INI MENUNJUKKAN BETAPA SEMPITNYA FIKIRAN BELIAU .....pak menteri ini hanya akan membuat kerjanya andai ADA orang UMNO yang berdemontrasi kerana cuma mereka sahaja yang menjadi perwakilan untuk memilih beliau menjadi NAIB PRESIDEN UMNO ???.


B.T.W...(by the way )... PEMUDA BERANI TETAP CALON PILIHAN UNTUK KETUA PEMUDA MALAYSIA.


PEMUDA BERANI.
WASSALAM.



4 comments:

wmu350 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
awi.prt8 said...

wmu350,
Saya cuma menjalankan tanggung-jawab yang termampu saya lakukan.Will see u in person later.

Unknown said...

BE PERSISTANT. DONT GIVE UP. BE INTELECTUAL AND BE FACTUAL.

.@blogger.com said...

Ya, jgn putus asa. menulis adalah kerana kita perlu menyampaikan sesuatu dalam hati kita. Lawat juga blog saya http://yangkita.blogspot.com