Wednesday, March 18, 2009

DR. KHIR , PILIHAN TERBAIK UNTUK " PEMUDA BERANI "


SALAM HORMAT,


Kini tamat sudah episod tapisan kedua dalam Pemilihan UMNO iaitu tapisan oleh Lembaga Disiplin yang telah membuat keputusan terhadap individu yang akan bertanding dalam PAU minggu depan. Keputusan ini berbeza dari musim yang lalu kerana ketika itu keputusan di buat setelah individu tersebut menang jawatan di dalam UMNO.



Saya melihat bahawa semua pihak haruslah menghormati sistem yang sedia ada sekarang ini. Lembaga Disiplin telah bertindak mengikut garis panduan mereka , begitu juga SPRM .Sistem kita menyatakan : BERSALAH APABILA TELAH DI BUKTIKAN KESALAHAN TERSEBUT.



Apabila Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah d buktikan TIDAK bersalah oleh BUKAN satu , tetapi DUA sistem iaitu SPRM dan yang terbaru Lembaga Disiplin UMNO maka semua ahli UMNO harus mengakui bahawa Datuk Seri Dr Khir adalah pilihan yang TERBAIK untuk menjadi KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA . Ini adalah hakikat yang tidak boleh di nafikan oleh sesiapa pun , baik dari UMNO sendiri mahupun Pihak Pembangkang . Masa juga telah membuktikan siapa di belakang Pembangkang yang hanya berani membuat tuduhan di dalam dewan kerana mendapat kekebalan .



Seperti yang telah saya pernah katakan dahulu bahawa Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo adalah umpama sebutir permata yang akan bersinar walau tercampak kemana jua ataupun umpama sebiji benih yang akan menjadi pulau andai tercampak kelautan .



Banyak sejarah lampau telah membuktikan bahawa AKAN MUNCUL PEMIMPIN YANG HEBAT DARI SETIAP KEJATUHAN dan Datuk Seri Dr Khir akan mencatat sejarah sebagai seorang dari kalangan tersebut . Beliau tidak perlu mensabotaj atau memburuk - burukkan calon lain untuk gagah berdiri sebagai seorang pemimpin yang unggul . Dengan pengalaman dan bakat kepimpinan serta latar belakang agama yang beliau miliki , saya dan ramai perwakilan UMNO percaya Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo adalah pemimpin yang layak untuk menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia dan memimpin Pemuda UMNO untuk bangkit sebagai PEMUDA BERANI.



SALAM UNTUK " PEMUDA BERANI ".


WASSALAM.





7 comments:

wmu350 said...

perghhhhh......salutlah

Anonymous said...

bro..tulisan kau sama standard ngan nama blog kau...khir toyol?

zankandis said...

betulll.... tak perlulah pilih calon yg dah terbukti bersalah. belum menang dah boleh buat salah apalagi bila dah menang. kalau nak bersihkan umno, pilihlah calon yg bersih dlm siasatan. tengok muka pun, suciiii je... P/s awi.prt8: Cayalah liverpool belasah real madrid ngan MU 4 gol. pasni arsenal lak jadi mangsa kot... I'm soryyyyy....

pemudalangat said...

Kalau takde angin macamane pokok boleh bergoyang

awi.prt8 said...

anon 10:45

saya fikir saudara yang meletakkan standard kepada saya dan mengubah nama orang lain sesuka hati mak bapak saudara (ADA MAK BAPAK KE SAUDARA ANON NI - NAMA PON TAK BERANI NAK LETAK = ANAK BULUH BETONG KOT???)berpijak ke dunia yang nyata lah saudara....saya memang tak pernah mengaku yang saya
berstandard tinggi atau ada standard...tapi sekurang-kurangnya saya ada pendirian.

awi.prt8 said...

zankandis,

MU kalah lagi yea! yea!...2 red card and 2 telor ayam wakakaka...
Liverpool akan dibungkuskan oleh Chelsea dlm champions league...arsenal akan mara ke GRAND FINALE.

awi.prt8 said...

pemudalangat,

inilah penyakit orang melayu , yang saya kira dah tahap kronik agaknya...janganlah kita pon nak jadi sama mcm pembangkang = langsung tak menghormati segala sistem dan undang-undang...KALAU BERUK-BERUK PANJAT POKOK = GOYANG JUGA KAN.