SALAM HORMAT ,
Tahniah kepada YB KJ di atas kemenangan beliau malam tadi. Saya tidak ingin mengulas atau membuat post mortem mengapa KJ dan mengapa bukan KT atau MM kerana saya dan kita semua wajib percaya kepada Qada dan Qadar . Segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya . Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui dan setiap yang berlaku itu semuanya adalah diatas kehendak Nya jua...Andai kita melihat dari jumlah undi yang diterima oleh ketiga-tiga calon ; KJ dengan 304 undi , KT 254 undi dan MM 232 undi makanya kita melihat KJ tidak menendapat majoriti , oleh itu wajarlah beliau menuntut kepada semua pemuda untuk BERANI DALAM ARUS PERUBAHAN DAN TERUS SETIAKAWAN . Pemuda UMNO harus melihat dari kaca mata helang kerana cabaran yang lebih besar menanti di luar sana .
Tahniah juga buat Kak Ijat yang mendapat sokongan majoriti yang jelas di dalam wanita UMNO. Dengan jumlah undi 507 yang beliau terima , saya melihat sokongan padu telah di berikan oleh perwakilan wanita yang inginkan peralihan kuasa didalam wanita berjalan dengan baik.Begitu juga dengan Rosnah yang memenangi ketua putri Umno.
PESANAN SAYA KEPADA KETIGA-TIGA SAYAP UMNO YANG TELAH MEMILIH KETUA BARU MEREKA DAN JUGA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO YANG AKAN MEMILIH PEMIMPIN TERTINGGI PARTI HARI INI AGAR MEMBERIKAN FOKUS KEPADA AGENDA DAN CABARAN YANG LEBIH BESAR YANG MENANTI DI LUAR UMNO SEKARANG INI . INGATLAH APABILA SAMPAI KE PRU 13 NANTI , JUMLAH PENGUNDI YANG HARUS DITANGANI ADALAH BERJUMLAH DALAM LINGKUNGAN 12 JUTA ORANG . IANYA JAUH LEBIH BESAR DARI JUMLAH AHLI UMNO YANG HANYA SEKITAR 3 JUTA ORANG . JADI PESAN SAYA KEPADA SEMUA PEMIMPIN DAN AHLI UMNO SEKALIAN :
"IF WE DON`T HANG TOGETHER , WE WILL DIE ALONE".
WASSALAM.
11 comments:
Salam,
Seronok tgok tulisan saudara yang cool walaupun KT tewas.
Yang penting rapatkan barisan semula
amirhamzah,
saya akan ulas dalam posting baru saya kemudian pasal penyakit `merajuk` yang amat berleluasa dalam umno bila tewas dlm pertandingan.
dalam peperangan selagi masa 90 minit tak tamat selagi itu kita akan berjuang..tetapi dalam pertandingan jugalah harus ada sikap rasianal dan menerima keputusan akhir......saya walaupun pahit tetap boleh menerima pilihan para perwakilan memilih kj.
ds khir pada saya tidak kalah cuma mereka gagal menghidu pecahan undi pengikut ds khir dan datuk mukhriz.
kita dah nampak ds khir dan datuk mukhriz ini sama team...cuma kj sorang2...jika salah satu ds khir atau datuk mukriz beralah saya rasa undi akan dapat sekitar400 lebih...dan kj akan kalah tetapi itulah politik benda dah jadi dah tak guna nak cakap...patutnya para penasihat mereka harus bijak dalam percaturan ini...jadi saya anggap mereka gagal....jangan marah ya..
jika boleh saya nak beri pandangan sikit tentang pertandingan 2 penjuru naib presiden.
saya pro tan sri muhyiddin tetapi dari perkiraan saya tan sri muhd taib akan menang kerana dalam kes ini undi ali rustam akan pergi pada muhd taib.pull stop....apa2 pun kun fayakun....wasssalam
wmu350,
pertandingan 2 penjuru antara ts muhyiddin dgn ts mohd taib adalah untuk merebut Jawatan Timbalan Presiden UMNO....kadangkala kan zam kita terpaksa melihat bukan hanya yang tersurat tetapi MERUNGKAI misteri yang tersirat...AKHIRNYA KITA SEBAGAI MANUSIA YANG LEMAH DAN KERDIL INI HARUSLAH MENERIMA SEGALA KETENTUAN DARI ILAHI...PERJUANGAN UMNO HARUSLAH KAMBALI KEPADA LANDASAN MEMPERJUANGKAN BANGSA DAN AGAMA.
tahniah pada yg menang dan yg kalah jgn kecewa.terus berjuang membela orang2 melayu.dan patuh pada kedaulatan raja2. kalah menang adat bertanding...... yang penting.. liverpool terus menang....
zankandis,
kesian la sikit dekat MU diehard fan Ali , diaorang dah tekan panic button skrg nie...walau apa pun kehidupan dan perjuangan ini harus di teruskan."WE WILL NEVER WALK ALONE".
together as one..though you might not like IT at all
thanks nisa,
yes u r right "TOGETHER AS ONE "
Salam bro....
Saya harap kepada saudara2 UMNO kita yang lain, bersikaplah seperti saudara. Walaupun KT kalah saudara terima. KJ menang sudah suratan dan akan merelai apa jua yang tersirat. Tak ramai orang UMNO seperti saudara, yang tak habis-habis mempromosi idolanya walaupun pertandingan dah menemukan keputusan.
Eratkan saf sesama kita. Bangunkan anak-anak kita yang sedang alpa diulit beradunya.
zedmagel,
kadang-kala saya jadi jealous dgn pakatan rakyat yang dapat bersepakat walau sangat berbeza ideologi...haih...sedang kita semua sesama umno dalam keadaan BERANTAKAN.
Saudara Awi prt8,
Dia orang tu nampak aje aman, jiwa penuh gelojak bagi nak pecah. Tetapi masing-masing bungkam dan memendam sahaja.Tak pecaya? Tanyalah mana-mana rakan yang nak beralih kepada UMNO.
Post a Comment